click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, December 15, 2010

MTB- Taubat Sambal Belacan...

Diari aku yang ini tanpa gambar..korang cipta jelah bayangan sendiri berdasarkan coretan aku nih..Gambar yang aku ambik semua terpadam oleh anak aku yang gumbira sangat sebab phone lama aku cakap nak bagi kat dia...dia bgtau semua gambar dah bluetooth ke handphone baru aku...aku check takde punn....menyesal cakap nak bagi, kalau ku tau cakap nak bagi pinjam je...

"Sungguh..aku ingat nak gantung basikal dulu buat sementara...habiis dah pantang jumpa hujung minggu dan cuti umum..mesti kayuh basikal...Rasa boring tu menjenguk jugak sesekali...tapi dalam aku melawat blog-blog MTB dan memberi komen tentang sikit aktiviti diorang, tak lama lepas tu dapat mesej ajak kayuh di Trek Country Homes. Amboi..! cepat sungguh respond..Homeground aku nih...nak aku tolak ,aku yang saja gatal-gatal pelawa...jadi aku balas ON lah...Jadi Hari Ahad baru ni pukul 8 dah kami sambut kedatangan geng Tasik puteri...Bila tengok satu,satu kereta sampai bawak basikal atas bumbung atau belakang kereta, entah napa tetiba je semangat aku datang balik...

Sebagaimana tulisan aku sebelum ni dalam 'The power of IT', memang terbukti mudah menyebarkan maklumat pada zaman ini...tekan punat je sudah tersebar maklumat...aku ingat kalau kita berpatah balik guna burung merpati untuk hantar mesej.,entah-entah berbulann baru perasan mesej yang kita hantar...sebab tu jangan salah guna kemudahan ini...lagi besar dosa yang ditanggung nanti..



Geng biasa aku, Acong dan Shukri pun ada jugak... jumlah semua riders hari tu saja ada 12 orang...kira ramai tu..termasuk 3 orang remaja dalam lingkungan 13-15 tahun..tambah lagi semangat aku nak beli basikal baru.., Untuk anak akuu la..!

Selepas sarapan dan taklimat ringkas, kami mula lah gerak ke trek.
ha.ha pengesahan penyertaan ...seorang rider mendapat cop mohor dimuka apabila tersembam semasa menurun bukit selepas perkampongan orang asli....tentunya akan dikenang sampai bila-bila. Kalau takda insiden macam ni mesti hambar je aktiviti..yea tak ? Aku tengok lajuu semedang diorang nih, mentang mentang le darah muda..haa kan tayar belakang dah potong tayar depan...dah cakap dah tak nak dengor..turun bukit jangan brek...masa naik bukit baru brek...!

Yang best main MTB nih, penat je boleh lepak bawah pokok...belum berani nak layan road bike takut berbelang dan berkarat kulit yang memang dah berkarat...he.he, samping itu boleh sembang macam-macam topik dengan nyaman..tapi yang tak best bila berehat lama sangat sampai naik lemau badan, malas nak kayuh semula...

Kalau korang perasan hampir setiap aktiviti berbasikal mesti tak lekang cerita tukar tiub tayar bocor...tengok..! bocor lagi.., patutlah getah naik harga sampai lebih RM7.00 sekilo...Jadi kepada penoreh-penoreh diluar sana jangan lah marah kalau-kalau kami terlangar cawan getah...kami merajuk nanti..ha ha..bayangkan kalau kami satu Malaya berhenti kayuh untuk seminggu...Agak-agak ada kesan tak ?.., kalau satu dunia..? aku ingat merudum semula harga getah nanti..

Dalam kebun pun sekarang boleh bersosial..semakin ramai geng berbasikal semakin bertambah kontek no dalam handphone aku..aku target dapat ingat dua kenalan baru setiap kali berkayuh pon dah ok..Ride kali ini selain geng Tasik putri, kami jumpa Geng IhsanIbu..

Peniaga tersenyum aja bila ramai geng basikal singgah gerai diorang...sumbangan menjana ekonomi lagi...bila perut tengah lapar...semua sedap,semua lazaat...

Walaupun dah melebihi 20km masih bersemangat adik-adik nih untuk sambung kayuh. Lepas rehat di R n R Rawang arah Utara.,kami meredah semak untuk jalan pintas ke Emerald West..baru betul-betul cross country...Aku saja cadangkan ikut jalan ini untuk melalui Bukit Emerald yang menguji kekentalan stamina riders...tapi adik-adik nih selamba je kayuh naik bukit curam...Betul ke dik selamba? Empat orang confirm kandas...

Keseluruhan aku gumbira dengan kayuhan kali ini...dekat 35km jugaklah cover...Kepada adik-adik lain tuh jangan serik yea..ha..ha.."

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK