click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 11, 2011

Kembara Seoul part 6-Penghujung lawatan

Di stadium Seoul..



Kalah besar pun boleh jadi kebanggaan..gimik dia., itu dulu..!


Aku nak rangkumkan catatan kembara hari ke 6 dan lanjutan masa hari ke 7.

Ok, hari ke 6 kami dibawa ke Stadium Seoul, stadium yang digunakan semasa perlawanan bolasepak piala dunia 2002 dulu. Bahagian dalam stadium ditempatkan mini muzium menceritakan sejarah perkembangan bolasepak Korea Selatan. Juga terdapat kedai cenderahati. Apa yang aku nak ulas disini adalah betapa orang lain akan mengeksploit apa saja yang dimiliki untuk dijadikan tarikan pelancong. Diperkarangan stadium berbas-bas pelancong dibawa melawat., padahal menurut kacamata aku stadium tu taklah sehebat Stadium Bukit Jalil ataupun Stadium Shah Alam ..Kedua-dua stadium ini berkapasiti 100,000 penonton berbanding Stadium Seoul 65000 orang. Begitu juga di Beijing perkampongan stadium olimpik dijadikan tempat lawatan wajib kepada pelancong. Kita memiliki perkampungan stadium sukan Commenwealth, gah sungguh stadium-stadium disini., tapi tengoklah apa jadi dengan stadium kita..persekitaran terbiar dan tidak terurus..Surat khabar dah pun melapurkan perihal stadium yang tak terurus baru-baru ini dan aku harap ada tindakan susulan dibuat oleh pihak berkenaan..Mentaliti kelas ke 3 masih membelengu kita...masyarakat masih bersikap pengotor dan tidak menghargai apa yang dimiliki...



Anak aku paling kecik darjah 6 ni lah yang bersungguh benor ajak pergi Korea...sebab dia kaki drama korea..



Di Restoran Korea..masuk je bau kimchi menyesakkan hidung ..



pergh bau kimchi...



Lawatan seterusnya dibawa membeli belah dan dibawa makan tengahari di restoran korea. Aku pun nak mengulas pasal makanan jugak...semua peserta dalam bas kami menjerit maukan Kimchi bila disebut mahu dibawa ke restoran korea, bahkan ada teman-teman di Malaysia yang meminta dibelikan kimchi...Tau tak kimchi ni apa..? sebenarnya kobis yang diperam.. bau dia pun kurang menyenangkan...tapi disebabkan gimik dan promosi di drama-drama korea makanan tu boleh disukai..tak taulah samada betul-betul suka atau memang tak pernah rasa...

Elok rasanya kalau drama-drama kita turut mempromosi budu, cencaluk, tempe dsb tentu digilai diseluruh dunia...kita perlu belajar menghargai apa yang kita ada..

Selepas makan sambung semula shopping. eh.eh..window shopping




Rosak...flight delay...rosak di bawah ok, kena rosak masa penerbangan lagi naya..





Di Airport Incheon Seoul pun ada ruang solat, tapi kenapa masih ada yang liat solat..



Mangga 2 Jakarta lagi...


Hari ke 6 balik ke Malaysia tapi kapal terbang mengalami masalah teknikal. Flight delay dari 10 pagi sehingga 5 ptg. , sampai di jakarta jam 12 malam dan dibawa ke hotel transit.Penerbangan berikut hari ke 7 adalah pukul 5 ptg keesokan harinya., sementara tunggu flight shopping lagi...window shopping je..ha ha..


Selamat tiba di KLIA. Canggih jugak idea tampal iklan di pelantar bagasi..




Oklah setakat ini catatan aku ...Kalau diberi kesihatan , rezeki dan kelapangan waktu ingin aku berkembara lagi..he.. he.

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK