click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 18, 2011

Malaysiaku Indah-Air terjun Serendah

Jambatan pun ada, aku tengok kat bawah jambatan pun dimanfaatkan untuk lepak-lepak sambil kaki rendam dalam air...ha ha
Air terjun yang tak berapa tinggi dan kolam yang tak berapa dalam, sesuai untuk mandi manda....kena pulak cuaca panas terik, fuyoo macam pekena ais kacang tengah-tengah hari buta la syoknya..
Kawan aku Mokhtar yang tinggal berdekatan kawasan rekreasi ini..di Taman Melor..Kalau nak layan basikal kereta boleh tumpang parking taman dia nih..

Alamak silap ambik gambar ke aku ..dah jadi macam nesan kubor cina pulak papan tanda tuu..

Lokasi kawasan rekreasi adalah berdekatan dengan pusat serenti Serendah Selangor. Aku ingat dah lebih lima tahun aku tak ke sini..patut pun persekitaran dah berubah..kemudahan telah dinaik taraf.. banyak wakaf, bilik persalinan, tandas juga tempat parking telah dibina.. sesuai untuk berrekreasi untuk anak-anak kecil kerana kawasan air terjun yang tidak dalam...

Sepanjang sungai terdapat trek off road., sangat sesuai untuk berbasikal. ,selepas penat berkayuh nanti boleh berkubang..Jom hujung minggu ni kita ke sana ha ha..

Peringatan untuk pengunjung...sampah-sampah tolong buang dalam tong sampah yang disediakan..alas suratkhabar yang korang guna tu jangan tinggalkan begitu saja. Pesan kat anak-anak..Kalau mak bapak yang buat, anak-anak tolong kasi sound elok-elok kat orang tua tu ok...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK