Melihat kepada jumlah binatang yang dikorbankan di masjid besar Huehot, kesedaran berkorban adalah tinggi dikalangan penduduk bandar ini...
Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam melalui jalan-jalan pinggiran bandar yang kurang elok dan berdebu...Cara pemanduan di sana sungguh mendebarkan. ditambah dengan pemanduan sebelah kiri sebagaimana di Eropah yang sedikit asing bagi kita yang biasa memandu sebelah kanan. Penat juga kaki menolong pemandu menekan brek bila kenderaan seolah ingin bertembong dengan kenderaan dari arah bertentangan...
Tennnnn! pemandu menekan hon supaya pemandu dihadapan memberi laluan...giler...!
Sebanyak 17 ekor kambing dikorbankan dikampong tersebut...
Saya sebagai wakil polan bin/bte sipolan menyembelih binatang ini kerana Allah Taala...Ustaz Fadhil yang berasal dari Kedah tapi bermastautin di Kuantan. Mejadi mudir sekolah agama dan Tahfiz yang diusahakannya...
Sebenarnya wa teringin juga menyembelih , walaupun berdebar... tapi teringatkan kesah di Kemboja dulu wa tersembelih jari seorang yang memegang kepala kambing sehingga pitam.., wa memendamkan rasa..Kalau ustaz bukak mulut menawarkan kepada wa..rasa boleh jugak..he he...
Pakcik ni sungguh cekap melapah daging...tak sampai beberapa minit telah togel kambing dikerjakan...
Mujur terdapat penterjemah yang mengikuti rombongan ke kampong ini. Ustaz bertazkirah dalam bahasa arab dan diterjemahkan ke bahasa cina oleh brader kiri sekali yang pernah berkerja di Arab saudi selama 7 tahun...Begitulah sebaliknya, imam tempatan berserban merah membalas dan diterjemahkan ke bahasa inggeris kepada kami...Jemaah tempatan tak ramai.. adalah dalam sepuluh orang...tak cukup korum untuk mendirikan solat jumaat..sebab itu penduduk tempatan pelik bila ustaz berkhutbah diselangi dengan duduk sebentar...selesai saja khutbah pertama pak bilal terus bangun beriqamat...
Merasai masakan sup kambing korban menurut citarasa tempatan..ok sedap...
Sesungguhya menziarahi destinasi tertentu pastinya meninggalkan pelbagai kenangan...
Sebagaimana diceritakan dalam entry terdahulu..Inner Monggolia berkembang pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini saja..Namun kepesatan pembangunan lebih tertumpu dikawasan bandar..Kampong-kampong yang jauh dari bandar masih belum menerima sepenuhnya arus pembangunan itu...Tiada sistem sanitari sempurna lagi dikampong ini...Mereka masih menggunakan "tandas tenggek", hehe..boleh melihat koleksi buangan dibawah...perghh..Kalau boleh tahan..tahan bebb ..tak boleh tahan bertenggek sajalah sambil memejam mata mengharapkan bayangan lain menjelma ha ha....!
Melihat kepada minat yang ditunjukkan oleh pemandu pelancong kami Alex, kita memohon beliau beroleh hidayah..Tuan Imam dan isteri memberikan naskah Quran berserta terjemahan kepada beliau.. Aku yakin hidayah tersangat hampir dengannya. Sepanjang perjalanan balik, secara jujurnya beliau. mengakui tertarik dengan amalan yang dijalankan oleh orang islam..Semoga beliau turut merasai perasaan persaudaraan yang terpancar antara kami sesama islam walaupun berbeza negara, bangsa dan budaya.
Semoga Ibadah korban tahun ini memperoleh manfaat dan diterima oleh Allah SWT..Aminnnn
Pengalaman menarik ni.. Tak tergambar dengan kata-kata..
ReplyDeletehe he..memamng tak boleh lupa en hanif...hati berdebart bila perut terasa memulas...ha ha..
ReplyDelete