Biker Diraja, DYMM Sultan Johor mencemar duli melepaskan konvoi bermula dari Hotel The Zon Johor Baharu. Dikhabarkan Tuanku akan menyertai konvoi juga tahun hadapan. Mungkinkah konvoi akan menggabungkan Kembara Mahkota Johor..? Tunggu dan lihat..Aku berpendapat elok dihadkan jumlah penyertaan. Sekiranya Tuanku turut serta pastinya melibatkan kontinjen yang besar terdiri dari pegawai-pegawai istana, wakil-wakil istana negeri yang dilawati, wakil-wakil kerajaan negeri dsb. jika jumlah penyertaan bikers tidak dikawal aku tidak dapat bayangkan betapa lamanya pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu untuk memberi laluan kepada para peserta konvoi
Polis peneraju ini akan berada 10km dihadapan konvoi utama untuk membuka jalan...diikuti dengan polis sokongan lain dan marshal mengawal trafik dari arah bertentangan dan disimpang-simpang. Sekurang-kurang nya 5km dihadapan telah dipastikan kenderaan awam berhenti untuk memberi lalan kepada konvoi utama di jalan terlibat..Difahamkan team ini turut berpengalaman mengendalikan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi...oowhh, patut pun aku tengok mereka begitu cekap mengawal aliran trafik..
Konvoi kali ini cukup istimewa kerana disertai oleh dua OKU. Daripada dua insan istimewa itu aku berpendapat En Azhar yang bisu dan pekak paling menakjubkan aku . Aku takjub dengan kebolehan beliau berada ditengah-tengah riders normal dan dengan cekap memahami setiap arahan konvoi dalam sausana sunyi sepi. Beliau menonggang Versys 650, manakala seorang lagi menggunakan satu kaki palsu menonggang kawasaki GTR1400...
Jangan terkejut walaupun cacat pendengaran sesetengah bikers pekak turut menukar ekzos standard kepada ekzos aftermarket untuk bunyi lagi mengancam..he he taktaulah bagaimana mereka menghayati bunyi mengancam itu dalam sausana sunyi sepi..barangkali gegaran ekzos sudah cukup untuk membezakan bunyi dihasilkan ekzos standard dan ekzos aftermarket. ho ho hebat-hebat..!
Beliau yang sudah berkahwin dengan pasangan yang turut mengalami kecacatan yang sama dikurniakan 4 orang anak normal. Berkerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat di Serendah Selangor.....lihatlah bagaimana beliau berinteraksi dengan insan lain menggunakan teknologi terkini...
Hehe adik-adik sekolah turut berbaris menunggu peserta konvoi, setiap kali diadakan pogram setempat bersama mereka...di Melaka mereka tunggu seawal 7 pagi..konvoi tiba 3 petang..!..apa nak buat dik konvoi jalan slow...!
Lagi lambat jika ada kemalangan atau kerosakan pada motorsikal peserta....
"Mana air..! mana air...!"
"Apasal takda orang kawal trafik di stesen minyak grrr..panas nih...!"
Ha ha..Nak salahkan para seketariatlah tu...
Barisan seketariat sempat bergambar menantikan konvoi tiba...Beberapa kenalan rapat aku menyuarakan hasrat untuk berada diunit seketariat ditahun hadapan...he he semangat nampak brader...Tempat wa kosong, wa ingat malaslah nak join lagi tahun depan...!. wa teringin menjelajah naik basikal pulak...Ahli seketariat En Shahril dua dari kanan telah memberi inspirasi pada wa...beliau pergi menyaksikan sukan Olimpik Athen Greece 2004 dengan menaiki basikal secara solo...! Pergh...itu yang sedang wa fikir-fikirkan , kalaupun tak dapat pergi sejauh dia, dapat menyeberang ke negara-negara jiran pun kira satu pencapaian..
Ramai geng berbasikal telah menjelajah dunia, takkan mat-mat motor asyik main motor keliling taman sini saja ..Apa barang bro...! ha ha..
Bro, check blog ni for inspiration https://zahariz.wordpress.com/ . Anak muda malaysia, pernah menjelajah berbasikal di New Zealand, China hingga kazahstan.
ReplyDeletet.kasih Alan...rasanya lg syok kot mengembara berbasikal...teringin benor mencubanya nanti..
DeleteAyat Kang tak tahann...bikin ati panass...hehehe. Ride dekat dekat jerr, jaga milage..hehehe
ReplyDeletehaha abn...rugi byr mahal mileage rendah..jual balik, orang tetap tanya tahun dubuat..mileage rendah hanya memberi sedikit kelebihan...dah alang2 dibeli lenjan sajalah...
ReplyDelete