Pergh...hebat punya posing bro...Tak sangka baru saja menghabiskan konvoi 1MBW, sahabat aku Ar Mastor dan Azman JO menyertai lagi konvoi cuti-cuti 1Malaysia anjuran Big Bike Shop dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia . Mereka tak puashati konvoi 1MBW..hehe..Takdapat pulak maklumat jumlah penyertaan kali ini..tahun lepas dikhabarkan seramai 50 peserta menyertai konvoi tahunan ini.
Hujung tahun begini memang banyak betul aktiviti konvoi diadakan. Habis motor-motor kena gasak oleh tuanpunya...dari satu konvoi ke satu konvoi...Nak menghabiskan cuti tahunan kot..Bukan setakat dalam negeri bahkan sudah merebak ke negara-negara jiran... Kalau dulu destinasi pilihan hanya berlegar di Siam , tapi kini seluruh Indochina menjadi tumpuan...Bagus-bagus...Jauh perjalanan luas pemandangan dan bertambahlah pengalaman. Bila bersembang dengan rakan dibengkel Mail Motor, Rawang baru ni, ramai benar mat-mat motor akan ke negara-negara Indochina seperti Laos, Vietnam Cambodia dan pastinya Thailand bermula 8hb Disember 2012 ini...
Kebetulan sahabat yang aku sebutkan diatas pun akan berkonvoi lagi bersama beberapa peserta lain ke Koh Lanta, Thailand pada tarikh yang sama..Tak pasti pulak kenapa tarikh ini menjadi tumpuan..Mereka cakap Darling Ride..bawak bini ride bro haha...Kekawan mempelawa juga, tapi nampaknya kali ini wa tak dapat join kalian. Pertama, wa tak biasa membonceng...kedua bini wa tak pernah dan tak berani naik motor, ke3..Koh Lanta wa dah pergi...Ingatkan nak join mereka dengan berkereta, memandangkan faktor ke 3, wa pelawa sorang rakan dari Penang untuk menyertai konvoi berkereta bersama famili sempena cuti sekolah ini ke Koh Samui pada tarikh yang sama...Pantang pelawa dia ok saja...Cuma destinasi saja yang belum betul-betul pasti...Koh Samui terasa macam dekat pulak...setahu aku kawan aku ni pun kaki ronda-ronda...Kita terus ke Chiangmai lah brader...ha ha..
Terbaek laa kang...destinasi bukan matlamat. Tapi nak menikmati pemandangan dan juga menghayati perasaan bermotosikal tu sebenarnya. Next ride dekat jerr...Koh Lipe dengarnya terbaek!
ReplyDeleteMeronda-ronda ni macam penyakit..sekali terkena selalunya susah semboh..ha ha...lepas satu tempat..ke tempat lain pulak ..tak pernah puas..
ReplyDelete