Tahniah..tahniah..tahniah..Zulfahmi! Kalau kemenangan di Sepang aku tidak menyaksikannya...hari ini alhamdulillah aku menjadi saksi. kemenangan di Sepang dulu bukan olok-olok...Sedih jugak bila membaca di ruangan forum permotoran, ramai yang memandang sinis kononnya kemenangan di Sepang sekadar nasib..kemenangan telah diaturkan. Punyalah bangang..ini semua angkara sindrom rendah diri..seolah apa yang kita miliki semuanya tak betul, tak hebat...hanya orang lain berhak untuk menang...ish..ish.
Bermula bukan dipetak 10 di hadapan di litar Valencia, langsung tidak menggugat semangat beliau untuk menang dalam keadaan litar basah. lagipun berlumba motor bukan macam berlumba kereta...permulaan dipetak hadapan hanya memberi sedikit kelebihan. Jika masih ingat Hafiz pelumba wildcard motogp 2 di Sepang dulu, bermula di petak ke 20, tapi nyaris-nyaris menaiki podium bilamana menduduki tempat ke 4.
Dalam persaingan lap terakhir yang mendebarkan Zulfahmi berjaya memintas pemandu dari Afrika Selatan di selekoh akhir menuju garisan penamat untuk menduduki tempat ke 3... ini merupakan podium kedua beliau musim ini.. Syabas, bila beliau memilih beredar segera dari podium untuk mengelak dari disembur champangne semasa pelumba lain meraikan kemenangan. Aku rasa orang akan lebih menghormati bila kita menzahirkan pendirian kita..percayalah apa saja orang hebat lakukan akan menjadi ikutan...
Semoga kemenangan ini akan meningkatkan lagi keyakinan beliau untuk menakluki litar-litar lain di musim hadapan...Go..go..go!!!!

No comments:
Post a Comment