click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, December 11, 2021

Menara KL 2020


Memang dah lama tak ke sini. Pernah sekali pergi semasa mula-mula dibuka dulu. Dulu tak pasti berapa harga tiket untuk ke ruang tinjau, kini seorang dewasa berharga RM20, harga yang sangat berpatutan. 

Dulu dan kini pastinya berbeza. Dulu mana ada pemandangan KLCC. Kini terdapat 2 lagi mercutanda ikonik bertaraf dunia, menara TRX  dan Menara Merdeka yang diperingkat akhir pembinaan.  Pemandangan 360 darjah yang menarik. KLCC di sebelah timur, TRX selatan, menara Merdeka di Barat dan Istana Negara sebelah utara.


Jika bernasib baik dapat menyaksikan Live band muzik tradisional pada hari-hari tertentu.


Menurut senarai ini KL Tower berketinggian 421m berada dikedudukan ke7  dunia. Tower telekomunikasi tertinggi dunia  berada di Tokyo pada ketinggian 634m

Menara CNN Toronto Kanada 553m berada ditempat ke 3. Dulu kami lalu saja diperkarangan.  Leceh nak cari tempat parking, kebetulan waktu itu terdapat festival di Toronto. Tengok dari bawah cukuplah. .


Musim covid ni orang tidak begitu ramai di menara tinjau, lagipun kami naik ke ruang legar ini awal pagi.

Menara TRX. Rekabentuk yang nampak macam tak siap.

Menara Maybank

Menara Merdeka milik PNB di tapak Stadium Merdeka dan Stadium Negara di sebelah barat 

Bangunan Berkembar KLCC berlatarbelakangkan Genting Highland.

Sayup kelihatan Istana Negara disebelah utara.



Pada ketinggian 678.9m , menara 118 tingkat akan terdapat hotel ditingkat teratas, tak taulah berapa caj menginap semalaman.

Menara tinjau turut terdapat di menara besi bahagian puncak bangunan. Huh pastinya bukan untuk mereka yang gayat dengan ketinggian.

Secara keseluruhan sangat berpuashati dapat meninjau dari aras tinggi. Keadaan tower di atas pun cantik, kemas dan bersih. Pemandangan 360 darjah memang terbaik .

Cuma pemandangan bahagian persekitaran lobi  ke mini zoo dan kiosk- kiosk niaga agak kurang kemas sangat mencacatkan pemandangan.


 Landskap di dataran menara pula sangat tak terurus,  tidak selayaknya untuk destinasi pelancongan bertaraf dunia.

 
Walaubagaimanapun destinasi adalah sangat berbaloi dikunjungi.
 

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK