click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, December 13, 2021

Jom Naik MRT...


Walaupun penulis tinggal di Lembah Kelang, hati tetap berdebar apabila membawa kenderaan di KL.
Sukar untuk fokus dengan pemanduan kerana mata asyik melilau menyaksikan pemandangan pembangunan kiri kanan, depan belakang... Entah bila bangunan ini, itu dibina dan disiapkan, macam tiba-tiba muncul ditempatnya.

Pembangunan bergerak begitu pantas. Belum lagi dengan jalanraya bertol yang berselirat samada baru atau sedang dalam pembinaan. Jalanraya berlapis 3 tingkat dah jadi pemandangan biasa. Rasa lemas memandu walaupun dibantu dengan applikasi peta satelit. Silap masuk lorong entah kemana dibawa untuk berpatah balik.


Walaupun jaringan jalan ditambah kesesakan tetap berlaku kerana penduduk dan kenderaan tetap juga bertambah. Masa wargakota banyak habis dijalanraya, seawal pagi keluar rumah, lewat senja baru balik.

Inilah kehidupan wargakota masa hadapan. Pemaju kapitalis akan mengeksploitasi situasi. Pangsapuri ketinggian melebihi 30 tingkat menjadi pemandangan yang sangat biasa. Rimas melihat kehidupan sebegini, hidup bagai disangkar merpati dengan keluasan terhad. Kesesakan kenderaan tak kira waktu.

Saksikanlah lima tahun mendatang, apabila cat mulai pudar dan berlumut, ditambah dengan perangai penghuni yang suka menjemur pakaian ditingkap, suasana akan menjadi begitu serabut sekali.

Fuh sebab itu penulis sering berpesan pada sesiapa, jika berpeluang berkerjaya diluar Lembah Kelang sambar segera. Gaji yang diterima jauh lebih berbaloi untuk dinikmati berbanding di kota yang serba serbi serabut selain duit.. duit dan duit.



Penulis menyokong usaha kerajaan menambah baik prasarana pengangkutan awam. Infrastruktur ini wajib dikembangkan diseluruh negara supaya kepadatan penduduk diseimbangkan dimerata tempat.

Sangat dukacita keretapi laju HSR Singapura- Putrajaya dibatalkan. Mujur ECRL diteruskan .



Jika prasarana awam bagus, rakyat mempunyai pilihan untuk tinggal diluar bandar walaupun mencari rezeki di kota-kota besar..


2 comments:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK