click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, March 20, 2022

Umrah22- D7


Hari ke 7 Khamis, jemaah dibawa ziarah luar lagi sambil membuat umrah ke 3. Dua hari berturut-turut membuat ziarah luar seterusnya melakukan umrah.

Semalam hari ke 6 umrah ke 2 bermiqat di Muzdalifah, manakala umrah ke 3 di Miqat Masjid Hudaibiyah pula. Sebelum melakukan umrah dan bermiqat, jemaah dibawa melawat muzium persendirian.


Sepanjang tempoh pakej umrah 10H12M, kebanyakan jemaah berkesempatan membuat 3 kali umrah, melainkan mereka yang membuat umrah sendirian boleh saja memohon membuat lebih dari itu. 

Setelah umrah ke 3, Jemaah hanya mempunyai baki beberapa hari sebelum pulang ke tanahair pada Sabtu/Ahad jam 3.30 pagi.

Hari Jumaat tiada ziarah luar kerana masa tersangat suntuk untuk solat jumaat, manakala Sabtu siang jemaah telah sibuk bersiap sedia berkemas untuk pulang ke tanahair di sebelah malam.

Berkesempatan bersembang dengan jemaah Indonesia semasa sarapan pagi di hotel. Musykil juga melihat jemaah dari sana yang begitu ramai. Cuba menyelidik latarbelakang jemaah. Kebanyakkannya adalah orang kampung, menyimpan wang hasil kerja bertani/berkebun. Ada juga yang berniaga. Perbelanjaan mereka tidak murah 35-40 juta rupiah bersamaan 12-15 ribu juga, belum lagi duit poket untuk berbelanja ketika di Medinah-Mekah.




Sepanjang tempuh 10H12M itu 5 hari adalah kuarantin wajib di Saudi, berbeza dengan jemaah Malaysia yang tidak dikenakan kuarantin wajib di Saudi. Jadi mereka hanya mempunyai baki 2 hari di Medinah dan 3 hari di Mekah. Besar pengorbanan mereka di musim covid ini.


Selesai tawaf umrah. Tawaf di dataran kaabah yang dikhaskan untuk mereka yang mempunyai permit tawaf umrah sahaja mengambil masa dalam 30 minit. 

Tawaf sunat biasa, buat ditingkat satu atau tingkat 2 jika menggunakan skuter.

Jumaat tiada ziarah luar, jemaah membuat aktiviti bebas ..

2 comments:

  1. Dengarnya jemaah tidak dibekalkan air zam zam seperti dahulu sewaktu pulang ke tanahair. Betulkah begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dibekalkan seorang 5 liter, cuma kekadang sangkut tak dibenarkan dibawa masuk didalam bagasi oleh penguasa airport riyad. Ikut nasib..

      Selalunya jemaah pindahkan air dari botol ke bekas plastik lain yang dibalut bersama pakaian

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK