click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 19, 2023

Tanam Nenas dalam Tayar

Sebagaimana air di lautan, ada pasang dan surutnya begitu juga dengan semangat berkebun.  Apabila semangat merudum, tak perlu khuatir, ikut saja lumrah alam, satu masa akan kembali semangat membara.


Apabila semangat turun bila melihat sebahagian pokok- pokok pisang  mati, tanaman lain ikut terbiar. Kebun terbiar tanpa bertebas sehingga rumput meliputi  pokok-pokok.

Walaupun terbiar, pokok nenas tetap membesar, terutamanya yang ditanam didalam tayar terpakai. Pokok ubi pun steady. Hasil dah tak termakan.  Semangat pun muncul kembali. Tak lama, bersih keliling pokok nenas dicabut rumput- rumput..tabur lagi baja taik ayam.





Pokok yang ditanam dan ditinggal tetap berbuah. Rasa tak patut berterusan melayan semangat yang merudum, dengan sedikit usaha, pokok yang terbiar tetap menghhasilkan rezeki.

Semangat berkobar- kobar mengutip tayar terpakai untuk dijadikan pasu. Kelebihan menggunakan tayar, batas mudah disiapkan, rumput mudah dibersihkan pembajaan pun senang...ketika menebas, tayar akan jadi penghadang mata pisau/tali dari mengenai pokok..


Huh nampaknya mana-mana pokok pisang yang mati akan diganti dengan nenas pula. Pisang akan ditanam dikawasan lebih tinggi. Kawasan sedikit bertakung akan dibuat batas menggunakan tayar. Berbanding pokok pisang yang perlukan jarak lebih lebar, pokok nenas boleh ditanam lebih rapat, beratus pokok boleh ditanam..penjagaan pun senang...


Jom jom semangatt...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK