click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, June 8, 2023

Semai Avocado...


Anak pokok avocado mahal, harga paling kurang rm30 sepokok. Kebetulan orang rumah membeli avocado..banyak lah biji benih. Maka mencuba menyemainya..kotlah menjadi, alhamdulillah.



Masa mula- mula semai ingatkan main timbus saja bijih benih macam semai benih kacang dsb.. bila tengok perkongsian utube rupanya tak berapa tepat.




Lapisan kulit bijih benih perlu dikelupas dulu.  Semasa meletak biji benih, bahagian runcing/mata tunas berada diposisi atas manakala bahagian leper/akar ditanam di dalam tanah. Sesudah itu letak ditempat teduh.. Dah membesar nanti barulah dilakukan proses cantuman/kawin.

 Ermm sebelum ini tunggang terbalik...

Avocado keluaran tempatan masih sangat kurang dan kebanyakan diimport sebab tu harganya  mahal. Harga pasaran sekilo paling kurang rm10. Mengikut perkongsian petani avocado lagi  jika pokok sihat dan subur, sepokok boleh menghasil 100 kilo buah, atau rm1000 sepokok mengikut pasaran terkini...wahh.. 


Gambar ehsan pekebun avocado dari Sabah...

Congak- congak pokok yang penulis dah ada... dah tanam 6 pokok..yang disemai 9 pokok, jumlah 15 pokok, Kalau semua hidup sihat subur dan mengeluarkan buah.. wow.!, sudah Rm15000. Hehe..Berangan kan percuma..
Kita petani sambilan, tak dapat banyak itu dapat sebahagian pun cokoplah...

Memang bagus perkongsian maklumat begini...Kita yang baru mencuba  terinspirasi....


3 comments:

  1. wah tak pernah saya dengar orang menanam avocado. Ni nanti boleh buat jus alpukat yang pemes kat Indon. Semuga pokok hidup semuanya. Mana tahu jadi taukeh buah avocado gitu. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi bertuah tanam apa saja in sha Allah hidup...pokok getah dan sawit pun berasal dari luar...tanam kurma dan anggur pun hidup. avocado pun begitu...

      Delete
  2. Wak pun ada tanam pokok ni, tapi cuma sepokok aje

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK