click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, September 25, 2023

Jom Chumpon 23...

Segalanya tidak dirancang, anak cucu balik malam Sabtu kerana menantu berkursus sehingga Isnin di Lembah Klang, kita pun menghantar anak cucu balik semula ke Perak sebab Isnin anak berkerja.. Dah alang-alang ke utara, takkan pergi hantar dan balik sahaja,  kita lajakkan terus ke Siam.



Nak raikan kebebasan ke luar negara tanpa perlu minta izin mana- mana pihak penguatkuasa. Sebelum ini terpaksa meminta kebenaran dari KWSP dan kini kes mahkamah telah selesai. Perasaan yang lain macam gitu..Hari berkerja pintu sempadan harapnya tidak sesak.


Bagi yang suka meronda, Siam memang destinasi mudah rakyat Malaysia. Di Malaysia dah habis pusing satu negara,  nak kerap sangat ke Sabah dan Sarawak pun kos tak lah murah disebabkan kos tambang kapalterbang yang mahal, jadi destinasi pilihan berbaloi meronda jalan darat adalah ke Siam. Siam pun sangat luas, banyak tempat yang belum dijelajahi. Kos penginapan dan makan pun tak begitu mahal, cuma kos minyak yang lebih tinggi tapi kelebihan disana banyak jalanraya tidak bertol. 


Selatan Thai sehingga ke Genting Kra bahkan ke Bangkok  dulunya merupakan sebahagian rumpun melayu, hanya bila sudah berasimilasi dengan  pelabagai bangsa Thai, kita pun dah tak boleh beza, walaupun rupa hampir sama tapi bahasa pertuturan dah berbeza..kalau lelaki muslim memang sukar untuk dibezakan, wanita agak mudah sebab ramai yang bertudung. Bab makan-makan memang memenuhi dengan selera kita. Cuma selepas Bangkok ke utara, walaupun tomyam tapi rasa  sudah jauh berbeza..mungkin lebih memenuhi citarasa orang- orang sebelah sana.



Di Siam nanti rondaan lebih mengikuti naluri, tiada lokasi penginapan spesifik ditetapkan, jadi route boleh sentiasa berubah, cuma dengan tempoh kurang seminggu disana, jarak rondaan tidak boleh dirancang sangat jauh, cukup maksima ke Chumpon. 

Kembali akan melalui timur Selatan Thai dan Semenanjung...

1 comment:

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK