Pokok tanaman tak boleh dibiarkan begitu saja..Dah alang-alang berkebun biar menjadi, jika tidak, cuma buang masa berulang alik saban minggu ke kebun tidak memperoleh manfaat semaksima. Setakat hari ini alhamdulillah pokok sentiasa bersiram air hujan, kerana hujan kerap turun, cuma akan datang kita tak tahu, pernah juga bila hampir 2 minggu tidak hujan, pokok yang ditanam ikut kelihatan sangat tidak bermaya...terutamanya anak pokok durian, lemah sangat melihatnya...
Ada orang memberi 2 unit tong fiber lama 4'x4'x2' dan seunit tong besar 6' diameter x 4' tinggi , setelah sekian lama bertangguh harini menyewa lori untuk di hantar ke kebun, kalau membeli boleh tahan mahal juga tong tong tersebut.. Pondok pengumpulan air hujan simpel akan didirikan di puncak bukit...sebagai tambahan setiap pokok disediakan tong mini jika difikirkan perlu.
Air yang terkumpul boleh disalurkan secara graviti untuk menyiram pokok..di pangkal paip boleh di pasang timer supaya penyiraman boleh dibuat samada secara auto atau manual.
Penyelesaian jangka panjang adalah mendapatkan sumber air bawah tanah. Untuk cepat adalah memanggil kontraktor swasta, tetapi Jabatan Pertanian Daerah turut mempunyai panel kontaktor boring percuma, cuma perlu tunggu giliran. Permohonan telah dihantar.
Akses ke kebun sudah di atasi, boleh memanggil kontraktor swasta datang, cuma kos yang dipinta 12-15ribu rasanya sangat tinggi sedangkan ada yang percuma. Sementara menunggu giliran boleh manfaatkan tong dengan mengumpul air hujan dulu.
Isu air selesai baru nak fikir pasal pagar pula.
Huh susah juga hidup bertani...
BAgus juga tu. Ni kalau dah datang musim kemarau dah ada solutionnya. Berkebun ni memang banyak cabaran hanya yang kental je berjaya
ReplyDeleteBetul2.. betul...berkebun adalah marathon perlukan kesabaran...kalu pecut awal sgt, takut pancit ditgh jln..kebun jd belukar semula..
Delete