click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, February 9, 2024

Healing Puncak Rasa...

Tiga tong besar telah dihantar ke kaki bukit, untuk dibawa ke puncak perlu diusung beramai- ramai, lori tak mampu ke sana sebab akses kecil dan curam. Kalau kebiasaan ke kebun paling ramai bertiga, untuk mengangkut tong memerlukan paling kurang berlima.

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, budak- budak teruja bila diajak bercamping di kebun. Sambil tu boleh memikul tong...


Hehe beginilah nak mengangkut barang besar ke puncak, disebabkan tiada akses cantik terpaksa  menggunakan tenaga manusia.


Yang tak pernah ikut ke kebun pun sibuk mengikut bila diberitahu akan bermalam sambil membakar ayam, ikan dll ketika di puncak...sebelum sampai ke kebun bersarapan dulu di bawah.



Kembara tak siap baikpulih, Kancil pun boleh..kini terdapat tower telekomunikasi yang boleh diakses dengan kenderaan biasa. Cuma sukar membawa peralatan kebun   kerana perlu mendaki dan berjalan  hampir separuh perjalanan. Sudah berkira- kira untuk membuat tangga di cerun pencawang  sebagai jalan pintas ke laluan kebun. Dalam keadaan terdesak masih boleh ke kebun. Jika menggunakan 4wd terdapat akses lain ke puncak.


Melihat kebun terurus dan pokok pokok yang di tanam membesar, hati sangat girang. Namun bila mendapati 5 pokok durian yang ditanam dari anak dan kini mecapai ketinggian 4- 5 kaki patah angkara monyet, hati tersangat remuk, terduduk menyandar ditunggul. Belum lagi pokok lain yang disondol babi..baru 3 minggu tidak ke kebun dah musnah sana sini.

Mahu tak mahu tahun ini perlu membuat pagar elektrik keliling kebun..jika tidak, penat badan, buang masa dan duit berulang alik ke kebun.


Gurkha gurkha sedang berhealing...takmau memaksa sangat, mereka ingin mengikuti ke kebun sudah dikira bagus..jika masing masing terasa beban mengikuti susah nanti, mereka diajak lebih sebagai teman..Kalau lokasi kebun dikelilingi kebun yang diusahakan, bukan belukar macam sekarang, lebih selesa bersendirian..kebun pun bukan luas..Kita tentukan bila nak pergi, bila nak balik. Sekarang ni masa terbuang  memujuk, mengejut awal pagi untuk ke kebun kemudian balik tak boleh lambat sebab kedai gunting tak boleh ditinggal lama.





Wahh.. Mereka cakap boleh ulang lagi bercamping di kebun. Masing-masing seronok. Bagusnya bercamping ni bukan kita seorang yang keluar duit, masing-masing setuju buat koleksi, kalau seorang Rm20 banyak juga wang tambahan untuk makan- makan dipuncak..





Habis ayam panggang 2 ekor, ikan susu besar lengan 5 ekor, nasi hampir 2 periuk cukup untuk 10 orang, mee segera, ubi kayu...Fuh budak- budak muda mentedarah kuatt...


Takpa yang penting sanggup ikut ke kebun. Hehe

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK