click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, January 7, 2025

Servis Kancil...


Antara 5 kenderaan mampu milik yang masih gagah dijalanraya dan berada diposisi teratas adalah Kancil. Suka melihat kereta ini dijalanraya..Comel..Asalkan dijaga dengan baik kereta ini jarang memberi masalah..Penjagaan dan minyak pula mesra poket..setakat untuk penggunaan harian, Kancil adalah terbaik..Mileage terkini 181500 KM.

Sesuai dengan peningkatan usia terdapat kebocoran minyak enjin, tapi tidak serius..asap ekzos berbau minyak dengan warna keputihan menandakan enjin mulai bermasalah dan perlu di overhaul..Kembara Kebun sesudah di overhaul kini sangat selesa dipandu..Selain enjin sistem cut off aircond adakala tidak berfungsi dengan baik. 


Setelah ditimbang- timbang hati berat ke arah menukar enjin halfcut. Semua sistem termasuk gearbox, aircond dan kemasan dalaman ditukar kepada model enjin lebih moden dilengkapi turbo. Rasanya mau disolek luaran juga ..pasang skirting, tukar rim baru lebih besar supaya lebih berketerampilan...

Fuh walaupun usia makin meningkat, semangat kena muda..



Monday, January 6, 2025

Jerat Tak Pernah Lupa Mangsa..



Setiap kali balik rumah terhidu bau busuk menyesakkan hidung,  Bila menyapu lantai terdapat kesan tikus membuat sepah disebalik kabinet pinggan. 

Setelah dipasang perangkap getah..sah mengena, patutlah bau najis tersangat busuk, tikus besar rupanya..setanding dengan tikus-tikus ketika membela ayam dahulu. 

Untuk mematikan segera, jemur tikus dibawah terik matahari.



Tak sangka burung ini turut melekat terkena perangkap getah...mungkin terperangkap ketika ingin memangsakan bangkai tikus.

Kita tidak bermusuh dengan burung, jadi getah yang melekat dibersihkan seboleh mungkin..yang melekat dibulu memang tak boleh dibersihkan sepenuhnya, burung boleh bebas tapi tak pasti samada boleh terbang kerana helaian bulu kepak melekat. 

Seketika saja burung sudah tidak dapat dikesan keberadaannya...walaupun tak boleh terbang tapi masih mampu melompat untuk mencari rezeki..



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK