90 peratus nenas ditanam dari jambul, biarpun ada yang kata, pokok akan berbuah lambat, itu tidak mengapa..Kita bertanam memanfaatkan jambul dari dibuang begitu saja untuk kegunaan sendiri. Buah nenas sangat bagus untuk mereka yang berpenyakit gout. Buah kita makan, jambul kita tanam..
Pokok-pokok berbuah menghasilkan buah yang kecil, walaupun dari jambul dari buah bersaiz standard ..Mungkin kerana tanam dan tinggal tidak berbaja. Biarpun bersaiz kecil, rasa tetap enak dan manis..
Memanfaatkan ruangan sempit belakang rumah, pokok nenas ditanam di dalam pasu. Berbanding pokok yang terus ditanam di tanah, tanaman dalam pasu lebih mudah dijaga . Mencabut rumput lebih mudah..baja juga tidak terbazir. Cuma tak pasti hasil buah nanti bagaimana..mengikuti perkongsian di UTube, buah tetap mantap..
Tanam dalam pasu belakang rumah, bila basuh beras, ikan, ayam daging..sisa air boleh terus curah ke pokok..
Selain nenas, sebahagian pokok pisang sedang berbuah..pokok pisang Abu pertama kali berbuah.. pokok pisang tanduk generasi ke 3 baru berbuah..pisang lemak manis , pisang Serendah ada yang baru mengeluarkan jantung dan ada yang menanti matang..walaupun saiz tandan tidak sehebat generasi pertama, tapi boleh lahh..
Jom jom ringankan tulang kita berkebun..
Jantung pisang abu tu sedap kalau direbus
ReplyDelete