Merata pokok terong pipit ni tumbuh...di tepian rumah, di kebun bukit. Sebahagian dibiarkan membesar, sebahagian lagi yang mengganggu laluan atau menyukarkan kerja menebas akan dipancung.
Berbuah sepanjang masa.. biji yang gugur menumbuhkan pokok baru. Lagi dicantas lagi banyak tumbuh tunas baru dan menghasilkan ranting untuk buah baru..pokok jika tidak dicantas akan rebah juga kerana ranting rapuh menampung beban.
Sesuai dihabitatnya biar pun tumbuh dicelah batu..
Hasil tuaian pokok yang tumbuh meliar...jika dinilai dengan wang ringgit rasanya melebihi RM 15 untuk tuaian ini
Nikmat tuhan apa lagi yang ingin didustakan..
No comments:
Post a Comment