Setiap kali balik rumah terhidu bau busuk menyesakkan hidung, Bila menyapu lantai terdapat kesan tikus membuat sepah disebalik kabinet pinggan.
Setelah dipasang perangkap getah..sah mengena, patutlah bau najis tersangat busuk, tikus besar rupanya..setanding dengan tikus-tikus ketika membela ayam dahulu.
Untuk mematikan segera, jemur tikus dibawah terik matahari.
Tak sangka burung ini turut melekat terkena perangkap getah...mungkin terperangkap ketika ingin memangsakan bangkai tikus.
Kita tidak bermusuh dengan burung, jadi getah yang melekat dibersihkan seboleh mungkin..yang melekat dibulu memang tak boleh dibersihkan sepenuhnya, burung boleh bebas tapi tak pasti samada boleh terbang kerana helaian bulu kepak melekat.
Seketika saja burung sudah tidak dapat dikesan keberadaannya...walaupun tak boleh terbang tapi masih mampu melompat untuk mencari rezeki..
No comments:
Post a Comment