click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, July 30, 2025

Pokok Markisa...



Sewaktu bertandang ke kebun rakan di Hulu Bernam tempoh hari, tertarik dengan tanaman pokok markisa yang ditanam di tepi pondok, hidup subur dan sangat lebat berbuah..hanya sepokok ditanam, selain menghasilkan buah sepanjang masa ia  menjadi pelindung cahaya panas.

Dulu pernah cuba menanam dikebun hasil benih berian rakan taman, tapi gagal,  lagipun  ketika itu tidak begitu tau kelebihan pokok markisa, jadi tiada kesungguhan merawat pokok untuk terus hidup. 

Mungkin tanah lokasi pokok tidak sesuai..Kini selain baja, cecair probiomax sudah dibeli untuk merawat tanah. 



Buah markisa masam-masam manis sedap dbuat jus atau dimakan begitu saja.

Menurut rakan kebun Hulu Bernam, pokok markisa mudah disemai.

Teruja dengan bertunasnya keratan batang lemon yang hanya dicucuk atau direndam dalam air, pokok markisa akan disemai melalui kaedah ini juga. 





Mengambil inspirasi  kebun rakan Hulu Bernam, pokok markisa akan ditanam di tiang platform terbuka supaya rimbunan daun boleh menjadi kanopi. Di platform terbuka ini suasana redup, selesa mengopi untuk melepaskan lelah sambil meninjau pemandangan keseluruhan kebun...

Sedang berkira- kira juga untuk dijadikan dinding dan kanopi tandas kebun. Di kebun kita manfaatkan pokok-pokok untuk kelestarian alam.

Jom jom berkebun..

Saturday, July 26, 2025

Pokok Lemon...


Dalam misi memanfaatkan setiap ruang tanah kebun,  sepanjang sempadan kebun akan ditanam dengan pokok lemon. . Berbanding limau kasturi, buah lemon lebih mudah dipetik kerana saiz yang besar.. 100 pokok boleh ditanam seandainya setiap  tiang dimanfaatkan..Pokok lemon tidak memerlukan ruang yang luas, pokoknya  berduri boleh bertindak sebagai pagar juga terhadap haiwan liar. Hanya jarak perlu dipastikan tidak terlalu hampir lalu menyentuh  dawai pagar letrik untuk kebocoran arus.

Di sepanjang sempadan  masih banyak ruang kosong dan kurang sesuai ditanam dengan pokok tinggi dengan dahan menjulur  kerana bakal dijadikan jambatan untuk monyet memasuki kebun walaupun sempadan dilengkapi dengan pagar letrik kelak.

Ternyata pokok lemon mudah disemai..percubaan menyemai dengan mencucuk batang ke tanah polibeg sudah berakar, manakala yang direndam dalam botol sudah bertunas ...Bilangan semaian akan ditambah melalui kaedah ini..

Sebahagian pokok akan disemai dari batang yang diperolehi dari induk kebun rakan Hulu Bernam, sementara yang lain akan dibeli untuk tumbesaran segera..Tak cukup sabar untuk menunggu anak pokok membesar jika bergantung sepenuhnya dari benih yang disemai dari dahan induk...


Biarpun mengambil masa, kalau dimulakan sekarang, pejam celik nanti berhasil juga..sebagaimana nenas ini..Dulu masa mula menanam dari jambul buah, dalam fikiran cuma satu..tanam saja dulu..tanpa sedar kini sudah banyak pokok yang berbuah..

Jom jom berkebun..


Thursday, July 24, 2025

Rumusan Camping Rompin-Mersing

Camping 3H4M, melabuhkan tirai.

Misi meronda dan bermalam menggunakan CamperIriz tercapai. 2 rakan lain turut tidur di kenderaan masing- masing, seorang lagi tidur di khemah kerana tidak sempat menyiapkan ruang tidur di kabin.
Setelah menguji cuba, keselesaan kabin akan dipertingkatkan.
 

Meronda bercampercar serba serbi kena ringkas, untuk penjimatan ruang hanya barang yang betul-betul perlu sahaja dibawa...Tiada keperluan mengadakan  tandas, tempat mandi atau ruangan masak di dalam kenderaan sebagaimana motorhome. Kini banyak camping site menyediakan  kemudahan itu..Sesetengah campingsite, plug letrik turut disediakan..

Kita bukan meronda merentas benua serba serbi perlu lengkap di dalam kabin untuk menghadapi suasana serba asing atau cuaca melampau. 

2 malam pertama tidur didalam kenderaan, malam ke 3 tidur dikhemah. Ternyata tiada perbezaan ketara, kedua-duanya boleh tidur dengan nyenyak..Hanya untuk lebih selesa, alas tidur akan diganti dengan tilam, setakat toto, tak cukup tebal untuk keselesaan trip yang lama.

Setelah meneliti tilam boleh lipat foam,  getah dan kekabu, tilam kekabu menjadi pilihan..Sebelum ini pernah membeli untuk CamperKembara dan ternyata cukup selesa, cuma saiz terdahulu terlalu besar untuk Iriz dan berat..

Iriz lebih sesuai menggunakan tilam single 1800x900 ketebalan 6 inci. Berbanding tilam boleh lipat foam atau getah berharga Rm 150 ke atas untuk ketebalan lebih 4 inci, tilam kekabu yang lebih tebal boleh dibeli pada harga Rm50. Tilam tidak panas, boleh digulung dan   tidak begitu berat..


Selain tilam turut membeli pengecas bateri kegunaan exhaust fan..berharga Rm70 . Malam pertama tiada masalah menggunakan bekalan letrik tnb manakala hari kedua menggunakan sepenuhnya bateri..Tenaga bateri masih berbaki 25 peratus setelah digunakan selama lebih 6 jam..Kipas- kipas mini kabel USB pula mengunakan powerbank boleh bertahan lebih 2 hari..

Pengalaman juga mendapati, tiada keperluan menggunakan exhaust fan di tapak camping, memadai menggunakan kipas usb saja kerana persekitaran berpokok, lebih lagi lokasi tepi pantai cukup berangin dan sejuk dengan membiarkan tingkap terbuka, hanya perlu  dilengkapi dengan kelambu nyamuk..

Bateri dan exhaust fan selepas ini akan dimanfaatkan ketika tidur di kawasan RnR..


 




Mengira perbelanjaan sepanjang berkhemah bersama 3H2M, tak termasuk minyak, tol dan bekalan bahan mentah yang dibawa masing masing..RM 65 seorang.. Bahan mentah pun banyak berbaki..

Sesudah ini sebelum memulakan trip akan mewujudkan tabung untuk setiap peserta  bagi perbelanjaan bersama sepanjang trip, jika ada lebihan boleh dibawa kehadapan untuk trip selanjutnya..

Siapa kata untuk  meronda perlukan modal mahal....

Wednesday, July 23, 2025

Telok Gorek Mersing...

Sesudah Pulau Mawar campsite, menuju ke Telok Gorek. Mula- mula bercadang bercamping di kawasan awam..bila meninjau tandas awam, huh rosak teruk, tak boleh diguna. Persekitaran pula kotor...betul potong mood bercamping. 

Masalah dengan PBT, hanya tau membina kemudahan, namun bajet  pemantauan dan penyelengaraan tiada..hampir semua tandas awam berkeadaan sedemikian...Kekadang hanya bermula dengan kerosakan kecil seperti rosak kepala paip atau pam tandas, tanpa pemantauan terus melarat  akhirnya rosak keseluruhan tandas.  Rugi wang negara dibazirkan begitu saja..




Mentaliti orang awam  pula tidak menghargai kemudahan percuma yang ada.. Sudah sampai masa mengenakan bayaran untuk menggunakan kemudahan awam., Duit yang diterima mesti disalurkan kembali untuk penyelengaraan dan penambahbaikan.


Campsite awam Sg Papan sehabis hari bercamping hujung minggu...Biarpun kelihatan pihak PBT sedang membersih kawasan, sedih melihat sampah berlonggok di sana sini..Pantai yang cantik tercemar dengan persekitaran yang serabut.


Ini pula keadaan campsite di Tg Leman ..
 
Pengurusan sampah perlu diterapkan dari rumah lagi..Sampah-sampah bawa balik..Tak guna menyediakan tong yang banyak jika jadual mengutip tidak menentu. Sebelum sempat dikutip, sampah telah diselongkar haiwan liar..

Sepanjang trip di Jepun, kami tak jumpa tong sampah awam, tapi kebersihan tetap terjaga..




Memilih campsite berbayar Telok Gorek Resort & Camping site.. Biarpun terpaksa mengeluarkan sedikit wang tapi hati puas...Berbanding 2 campsite terdahulu, biarpun kemudahan jauh lebih lengkap tapi bayaran lebih murah Rm13. Persekitaran cantik dan bersih. 5 bintang














Tuesday, July 22, 2025

Pulau Mawar Campsite D2

Sebelum beredar tengahari ke lokasi baru meninjau dulu sekitar kawasan camping. 

Menurut sumber, Camping site adalah milik Keluarga Diraja Johor tapi diuruskan oleh Majlis Daerah Mersing


Hujung minggu pengunjung ramai  datang balik hari maupun  bermalam, memenuhi segenap ruang. Kawasan luas memberi keselesaan.



 
Atok atok mengabadikan foto di lokasi  cantik..









Kini bercamping mulai menjadi gaya hidup.. Mereka yang berkemampuan  memasang kenderaan  dengan kelengkapan bercamping. 

Secara peribadi penulis tak berapa minat kelengkapan  atas bumbung kenderaan begini, terpaksa memanjat, sesuai untuk orang muda. 
 

Pulau Mawar dan Jeti Lkim di Penyabong tidak jauh, di gerai-gerai majlis daerah banyak tempat makan.

 Tenghari makan di luar, hanya sarapan dan malam bermasak- masak di tapak khemah. 



Ramai yang memancing di jeti...




Tengahari meninggalkan campsite.

 Keseluruhan berpuashati dengan persekitaran cantik, tersusun kemas dan kelengkapan yang disediakan.

Cuma tandas tidak setimpal dengan jumlah pengunjung..Pengunjung ramai  hanya terdapat 2 unit tandas setiap satu untuk lelaki dan wanita..begitu juga dengan tempat mandi.

Sekiranya tak sanggup menunggu boleh ke surau ataupun masjid berdekatan.

Masalahnya masjid jauhh...




Sunday, July 20, 2025

Pulau Mawar Campsite, Mersing

 Camping berpindah tempat, jika hari pertama bergerak solo, hari ke 2 bersama 3 rakan sekolah dari Kluang, Batu Pahat dan Melaka. Berbanding ramai lagi rakan kelas lain, beberapa orang sudah tiada komitmen kerja formal jadi tidak terikat dengan masa untuk segera kembali bertugas.


Kita pula orang rumah berombongan Makcik Kiah ke Vietnam, jadi kesempatan ini diguna untuk bertemu dengan rakan rakan- rakan lama sekolah ..


Awal pagi lagi meninggalkan campsite Chedoq, nama unik ini rupanya bersempena nama Kampung Cedok di situ, bila meronda kita akan terjumpa nama-nama unik sepanjang perjalanan..seperti Janglau, Endau, Bebuta dsb. 

Bersarapan Nasi Dagang di Endau, banyak masakan Trengganu di Mersing sebab dulu ramai  nelayan  Trengganu memilih Mersing, Sedili untuk bermastautin. 


CamperIriz terpaksa dihantar ke bengkel untuk menukar motor kipas radiator yang telah rosak..mengeluarkan bunyi bising ketika enjin dihidupkan...Kos Rm300



Setelah meninjau beberapa campsite kami memutuskan untuk bercamping di Pulau Mawar Campsite. Uniknya di sini pulau hanya terbentuk ketika air pasang, waktu surut terdapat beting pasir yang boleh dilalui ke daratan sebelah.




Campsite diuruskan Majlis Daerah Mersing dengan bayaran Rm5 sekali masuk atau Rm25 jika bermalam.

Berbanding campsite semalam di sini jauh lebih tersusun ,  cantik dan bersih hanya kekurangannya tiada plug point. Kemudahan tandas juga terhad, hanya 2 unit tandas dan mandi  setiap  lelaki dan wanita tidak mencukupi untuk menampung keperluan campers yang ramai..






 


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK