Kunjungan ke kebun Sabtu lepas memang sedikit down., ketika meninjau persekitaran kebun hati mulai cuak melihat guni bungkusan nangka sudah berada di atas tanah, menghampiri pokok ternyata buah nangka yang sepatutnya bulan depan matang telah tiada..menguis semak bawah pokok terlihat sisa- sisa kulit nangka...hu hu tak sempat merasa buah sulung.
Ini tak pasti siapa punya angkara babi atau monyet
Nenas yang dalam kawasan taman pun tak terkecuali..mujur perasan, dibungkus dan buah telah dipetik..Tanaman dari jambul biarpun berbuah lambat, saiz setanding tanaman komersil dan rasa manis.
Baru baru ini kecoh sorang pakcik dikecam netizen gara-gara menyembur cat ditubuh monyet yang terperangkap di dalam jerat.
Membaca komen-komen mereka yang kononnya pencinta haiwan membuatkan hati geram, mereka tidak mengalami gangguan haiwan liar jadi sedap mulut mengecam orang yang bergelut dengan pelbagai cara untuk menghalang kehadiran haiwan liar.
Begitu juga pihak penguasa turut dikecam kononnya menangkap dan mengurung anjing-anjing liar secara kasar.
Penulis pernah diserang anjing bertuan ketika berbasikal, jadi faham bagaimana trauma mereka yang diserang anjing liar. Seringkali diseranghendap anjing yang sama, kita dapat bersiapsiaga, datang peluang sempat melibas kepala anjing menggunakan batang golf.
Bagaimana jika yang diserang adalah anak anak kecil ataupun warga berumur..
Bila berkebun lagilah faham perasan orang yang berkebun, saban waktu kebun diceroboh...
Pencinta haiwan ini beralasan kita seharusnya melayani binatang liar ini dengan baik kerena mereka juga makhluk ciptaan tuhan...
Baik...Penulis pernah berlawan hujah dengan puak konon pencinta haiwan di media sosial...selalunya orang akan akur sekiranya mereka pernah mengalami perkara buruk. Orang yang pernah diserang anjing tak mungkin membantah tindakan penangkapan anjing-anjing liar..begitulah seterusnya..
Tak mau meleret panjang, penulis ajukan soalan mudah..
Kalau benar kamu pencinta haiwan, apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu diserang anai2 atau tikus atau lipas atau cicak, nyamok dll
Selalunya bila dapat soalan begini takda siapa yang tampil menjawab.
Orang bodoh saja yang akan membiarkan diserang dengan makhluk perosak...
Kamu diserang anai anai dll kamu pun tahu marah dan memanggil pest control..Kami diserang anjing, babi monyet, kamu berharap kami membiarkan begitu saja dengan alasan mereka juga makhluk tuhan..anai-anai bukan makhluk tuhan ?..lipas..? cicak..?
Bila tak kena batang hidung sendiri memang sedap mendakwa mencintai haiwan..haiwan ciptaan tuhan bla bla
Bila kena batang hidung sendiri baru tau langit tinggi rendah ...
nenas ni kalau nampak dek monyet ni memang licin la di bawa lari huhuhuhu...
ReplyDeleteMemang sakit hati dengan monyet yang berkeliaran masuk kampung. Habis semua putik kedondong, putik limau, jambu dll dikekah. Kecewa betul, buah tak sempat besar.
ReplyDelete