CamperKembara untuk bercamping di hutan atau kebun, CamperIriz untuk kawasan perkelahan awam yang lebih mudah di akses. Berbanding CamperKembara, CamperIriz lebih yakin untuk dibawa ke destinasi jauh. Kembara biarpun kuat, adat kenderaan lama, pergerakan tidak lagi lincah...jika dibawa mendaki berliku penukaran gear auto sangat lembab, marah orang yang mengekori di belakang...
Berkesempatan bersembang dengan kaki campervan, mereka memaklumkan untuk tidur yang selesa hanya perlukan pengaliran udara di dalam kabin. Jadi cukup perlukan buka sedikit cermin tingkap dan alirkan udara panas keluar dari kabin menggunakan kipas/exhaust fan. 3,4 jam awal pengaliran udara menggunakan kipas/exhaust fan bateri sudah memadai. Apabila malam makin larut persekitaran akan semakin dingin begitu juga dengan kabin.
Keselesaan CamperIriz akan diuji pada 18-21hb ini di Mersing..Bercamping bersama 3 orang lagi rakan.
Siapa kata untuk bercampercar perlukan modal yang besar..
terbaik lahhh.....makin seronok laa orang nak bercamping macam ni
ReplyDelete