Camping 3H4M, melabuhkan tirai.
Misi meronda dan bermalam menggunakan CamperIriz tercapai. 2 rakan lain turut tidur di kenderaan masing- masing, seorang lagi tidur di khemah kerana tidak sempat menyiapkan ruang tidur di kabin.
Setelah menguji cuba, keselesaan kabin akan dipertingkatkan.
Meronda bercampercar serba serbi kena ringkas, untuk penjimatan ruang hanya barang yang betul-betul perlu sahaja dibawa...Tiada keperluan mengadakan tandas, tempat mandi atau ruangan masak di dalam kenderaan sebagaimana motorhome. Kini banyak camping site menyediakan kemudahan itu..Sesetengah campingsite, plug letrik turut disediakan..
Kita bukan meronda merentas benua serba serbi perlu lengkap di dalam kabin untuk menghadapi suasana serba asing atau cuaca melampau.
2 malam pertama tidur didalam kenderaan, malam ke 3 tidur dikhemah. Ternyata tiada perbezaan ketara, kedua-duanya boleh tidur dengan nyenyak..Hanya untuk lebih selesa, alas tidur akan diganti dengan tilam, setakat toto, tak cukup tebal untuk keselesaan trip yang lama.
Setelah meneliti tilam boleh lipat foam, getah dan kekabu, tilam kekabu menjadi pilihan..Sebelum ini pernah membeli untuk CamperKembara dan ternyata cukup selesa, cuma saiz terdahulu terlalu besar untuk Iriz dan berat..
Iriz lebih sesuai menggunakan tilam single 1800x900 ketebalan 6 inci. Berbanding tilam boleh lipat foam atau getah berharga Rm 150 ke atas untuk ketebalan lebih 4 inci, tilam kekabu yang lebih tebal boleh dibeli pada harga Rm50. Tilam tidak panas, boleh digulung dan tidak begitu berat..
Selain tilam turut membeli pengecas bateri kegunaan exhaust fan..berharga Rm70 . Malam pertama tiada masalah menggunakan bekalan letrik tnb manakala hari kedua menggunakan sepenuhnya bateri..Tenaga bateri masih berbaki 25 peratus setelah digunakan selama lebih 6 jam..Kipas- kipas mini kabel USB pula mengunakan powerbank boleh bertahan lebih 2 hari..
Pengalaman juga mendapati, tiada keperluan menggunakan exhaust fan di tapak camping, persekitaran berpokok, lebih lagi lokasi tepi pantai cukup berangin dan sejuk dengan membiarkan tingkap terbuka, hanya perlu dilengkapi dengan kelambu nyamuk..
Bateri dan exhaust fan selepas ini akan dimanfaatkan ketika tidur di kawasan RnR..
Sesudah ini sebelum memulakan trip akan mewujudkan tabung untuk setiap peserta bagi perbelanjaan bersama sepanjang trip, jika ada lebihan boleh dibawa kehadapan untuk trip selanjutnya..
Siapa kata untuk meronda perlukan modal mahal....
No comments:
Post a Comment