Kota Luxembourg berada di kawasan tanah tinggi, penempatan berada di puncak, lembah dan lereng- lereng gunung. Tembok tembok penahan tinggi dibina menggunakan batu gunung hampir di keseluruhan kota. Takjub dengan kegigihan orang-orang terdahulu.
Seni binaan bandar Luxembourg tipikal binaan lama eropah. Terdapat binaan baru moden berkaca di perbandaran baru.
Keseluruhan cantik, bersih dan kemas
Destinasi dalam bandar Luxembourg dihubungkan dengan trem dan bas..
Basikal eletrik berbayar juga menjadi sebahagian mode pergerakan bandar Luxembourg..
Pusat kota hanya berjejari 3-4km.
Tak pasti unggun api ini untuk apa, tapi sangat berguna untuk memanaskan jari jemari yang kedinginan.
Biarpun jarak pintas ke sesatu destinasi dalam bandar hanya beberapa meter, untuk ke sana perlu banyak menggunakan tangga..atau menapak berpusing- pusing lebih jauh jika memilih untuk melalui jalan lebih landai.
Deretan butik-butik jenama terkenal di pusat bandar..Hanya mampu melihat harga yang dipamerkan..
Pengangkutan awam boleh diharap untuk ke mana-mana destinasi dalam dan luar bandar..Info destinasi dipaparkan di papan digital setiap hentian.
Pusatbeli belah moden berskala sederhana di kawasan pembangunan baru pinggir bandar ...Berbanding Jerman, barangan di sini lebih mahal.
Trem moden Kota Luxembourg ..
Pengangkutan awam seluruh Luxembourg adalah percuma..
Kenderaan persendirian tidak begitu banyak di pusat bandar...Orang ramai lebih memilih pengangkutan awam..


























