Tambang percuma LRT3 berakhir harini 14hb Ogos setelah pemberian tambang percuma selama sebulan setengah, memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba pengangkutan awam baru menghubungkan Bandar Utama, Petaling Jaya ke Johan Setia Klang merentasi kawasan padat penduduk Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
Projek ini menjadi kontoversi, bilamana kepimpinan baru kerajaan persekutuan, menurunkan taraf spesifikasi asal atas alasan menjimatkan kos. Penurunan paling ketara adalah mengurangkan bilangan stesen, pengecilan saiz stesen dan mengurangkan jumlah gerabak dari 6 coach kepada 3 dalam satu satu masa . Stesen ketika ini sekadar cukup memuatkan panjang 3 coach. Penampilan stesen juga tidak semegah rekabentuk asal,
Kita turut mencuba menaiki LRT3 dari hujung ke hujung. Bermula menaiki MRT laluan Kajang di Stesen Kota Damansara untuk transit di stesen LRT3 di Bandar Utama sebelum meneruskan perjalanan ke Johan Setia Klang. Sememangnya terdapat perbezaan langit dan bumi antara MRT yang serba moden berbanding LRT3 yang terlalu asas. Pergerakan tren juga boleh dikatakan perlahan.
Kita pun tidak begitu kesah dengan penampilan stesen, cuma agak terkilan dengan bilangan gerabak yang sedikit dan stesen yang dikecilkan.
Dalam tempoh percubaan itu keadaan begitu sesak ketika waktu puncak. Ada yang beralasan tempoh percuma menyebabkan ramai yang mencuba, perlu diingat penyediaan pengangkutan awam perlulah mengambil kira situasi terburuk..Kalau sampel dikira ketika bukan waktu puncak seperti jam 3 pagi, sudah pasti tiada keperluan membina tren pengangkutan awam.
Laluan LRT Shah Alam melalui kawasan berkepadatan tinggi apatah lagi tren ini turut menghubungkan Stadium Shah Alam dan Stadium tertutup Melawati, bayangkan saja ketika terdapat acara besar di stadium tersebut.
Bilangan gerabak mungkin boleh ditambah, namun dalam keadaan sekarang adalah tidak mungkin melainkan membesarkan dahulu stesen. Stesen sedia ada dibuat kecil akan melibatkan kos tersangat tinggi jika dinaiktaraf kemudian. Ini kerana hampir semua stesen LRT3 berada di platform tinggi dari aras tanah.. Sepatutnya jika ingin mengurangkan kos sekalipun platform mesti dibina walaupun sebahagiannya tidak berbumbung..jadi bilangan gerabak tetap boleh ditambah, hanya penumpang sebahagiannya perlu memasuki tren melalui platform tidak berbumbung...
Tren di eropah pun bukan semua berbumbung, bahkan sesetengahnya menyediakan kawasan berbumbung seluas hentian bas saja. Alasan hujan dan panas boleh diatasi dengan berpayung..Benar kurang selesa, namun penumpang dapat menjimatkan masa menunggu..apabila dapat menaiki tren tanpa perlu menunggu tren berikut sekiranya tren sentiasa sesak..
Kita ingin menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, tapi proses ke arah itu dilihat dibuat secara tidak serius..









No comments:
Post a Comment