click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, August 23, 2026

Teh Talua...




Ketika di Padang antara menu minuman tradisional popular di sana adalah teh talua atau teh telor, dikatakan baik untuk memulihkan tenaga...

Biarpun dipelawa beberapa kali ketika menjamu selera di restoran tekak kita tetap tidak terbuka untuk mencuba. Kita dah terbayang adunan  baulu mentah ditelan begitu saja, fuh rasa terkuit kuit untuk melepasi tekak..

Peserta lain yang mencuba menyatakan rasa sedap, tiada langsung bau hanyir telur...Ada yang cuba perkenalkan menu ini dipremis niaga sekembali ke Malaysia..

Mencari info di utube bertemulah resepi dan cara pembuatan.


A. Bahan

1. Kuning telur ayam kampung atau itik mentah

2. Serbuk teh 2 sudu makan

3. Gula 2 sudu makan

4. Susu pekat manis

5. Perahan limau nipis

B. Cara membuat

1. Kuning telur dan gula pasir  di kacau sehingga sebati dalam gelas

2. Tambah bancuhan air teh mendidih

3. Tambah susu pekat manis

4. Perahkan limau nipis.

5. Minum


Ini bukan ubat tenaga tapi booster potong kaki...Bukan 2 sudu teh, tapi dua sudu makan, tambah lagi susu pekat manis  suku gelas..

Orang dulu mungkin kurang memberi impak kerana kerja membanting tulang di bendang maupun ladang, sedangkan generasi kini lebih banyak masa bergayut depan telefon..tidak hairan kini masalah obes dan penyakit kronik mula menyinggah diusia muda ...


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK