Kita berpeluang melawat pelbagai negara.
Dalam lawatan tersebut negara- negara maju seperti eropah ni bagaikan bersahaja cantik bersih dan kemas.. manakala negara asia tenggara seolah try hard untuk nampak cantik, tapi kebanyakannya tetap selekeh..Pergilah ke Indonesia, Kemboja, Thailand, Laos, Vietnam maupun Malaysia penampilan lebih kurang sama jer, jika berbeza baik pun tidak begitu ketara..
Susun atur bandar dan penampilan kedai, gerai maupun pasar basah eropah sangat tersusun cantik berbanding kita yang rata- rata menyakitkan mata..
Nak kata mereka terlebih dulu bertamadun tak juga, negara negara arab maupun mesir jauh lebih awal bertamadun tapi sangat berserabut. Pembahagi jalan boleh dijadikan tempat buangan sampah...mereka yang pernah menunaikan umrah dan haji, lihatlah bagaimana rupa RnR di Arab Saudi..
Jika mengunjungi masjid di eropah sangat jelas berbeza, masjid Turki lebih kemas, tandas lebih bersih tapi masjid arab teruk, India Pakistan Bangladesh lagi teruk..
Di Jepun tiada tong sampah awam, bahkan dikedai dikhususkan untuk sampah pekedai, orang luar tidak dibenarkan membuang sampah di situ..tapi sampah hampir tiada kelihatan, macamana masing-masing boleh berdisplin membawa balik sampah dan mengasingkan mengikut kategori boleh kitar semula ini.
Baru ni heboh berkenaan sampah yang ditinggalkan warga kota ketika menyaksikan perlawanan akhir bolasepak piala dunia di Dataran Merdeka.. begitu juga ketika musim pulang beraya di kampung halaman, berita sama berulang, sampah dibiarkan di pinggir- pinggir jalan ..Kenapa mentaliti warga negara sedang membangun masih sangat teruk ..pastinya kes sama di negara negara sedang membangun lain..
Ketika meronda di Jerman sempat memerhati, setiap malam Sabtu ramai warga kota Jerman berparti dikawasan terbuka...ketika awal pagi sampah hampir tiada ..
Pemandangan pinggiran sungai di Istanbul Turki..
Awal tahun berpeluang ke Amsterdam, Belanda selain Jerman, negara yang dikelilingi terusan, persekitaran sungai begitu cantik dan bersih padahal kecantikan semula jadi biasa- biasa saja..
Pemandangan yang sungguh berbeza..padahal memiliki kecantikan semula jadi .
Dibawah ini pula penempatan lereng bukit Amalfi Itali, rupabentuk muka bumi hampir sama namun penampilan sungguh berbeza..

Penempatan di eropah hampir semua kemas dan bersih, bagaikan di poskad
Kita hairan apa faktor yang menyebabkan warga negara maju kebanyakkanya lebih bersifat pembersih, kemas dan teliti..adakah sistem pembelajaran atau memang genetik warga negara maju memang sebegitu.
Kalau kita nak menunggu negara benar benar maju nampaknya lama lagi untuk berdiri seiring dengan negara negara maju lain..Lemahh













No comments:
Post a Comment