Persediaan bercamping pada 12-13Nov di Bukit Fraser, khemah dan katil lipat telah dibeli.
Setakat ini 8 orang berminat untuk turut serta.
Kita bukan kaki camping tegar yang memerlukan kualiti lasak jadi pembelian sekadar untuk penggunaan ringan. Kalau dapat digunakan setiap 6 bulan itu sudah lebih dari berbaloi..
Cuma agak terkilan saiz khemah tidak cukup besar untuk membawa masuk katil lipat,
Ukuran khemah yang diterima adalah menurut saiz tapak rangka ke rangka, bukannya saiz asas kanvas, jika berdasarkan saiz asas kanvas 2m x 2m sepatutnya mencukupi kerana katil lipat mempunyai panjang 1.9 m.
Percubaan membawa masuk katil lipat telah mengoyakkan sedikit kanvas khemah.. Saiz terbaik sepatutnya 2.4m x 2.4m. Kita membeli saiz 2m x 2m kerana mudah dibawa selain hanya untuk kegunaan seorang. Kapasiti diiklankan cukup untuk memuatkan 3-4 orang manakala yang bersaiz 2.4m x 2.4 m didakwa boleh memuatkan sehingga 6-8 orang..
Barang dah beli kita manfaatkan seadanya..mungkin terpaksa membeli tilam angin pula..


No comments:
Post a Comment