click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 18, 2026

CamperKebun ...Penambahbaikan lagi..


Selain kami 5 orang, ada 2 lagi peserta luar yang berkongsi tapak sama. Salah satunya seorang apik yang bercampervan selama 3 bulan di Puncak Fraser, berpindah randah  diantara tapak tapak camping atau kawasan parking.  Sejak ketiadaan isteri beliau memilih bercampervan di merata tempat Semenanjung Malaysia walaupun memiliki rumah sendiri.

Melihat set up campervan beliau, tiada jauh beza dengan CamperKebun Kembara, memiliki platform tidur dan kabinet ringkas hanya van beliau telah diubahsuai menjadi campervan sepenuh masa dilengkapi dengan sistem janakuasa solar.

Perkongsian berguna yang ingin ditiru adalah pemasangan penyedut udara bumbung untuk mengeluarkan haba panas ruangan kabin. Dengan kelengkapan ini tidur akan lebih selesa walaupun di dataran rendah,  sudah teruji kerana beliau sudah beberapakali bermalam di pantai pantai..Kos barang dan  pemasangan pakar dalam rm1000.







Secara peribadi, kita juga lebih selesa tidur di ruangan kabin CamperKebun, walaupun terdapat juga pilihan memasang khemah di atas bumbung kenderaan atau memasang khemah di luar. Tidur di kabin lebih ringkas, tiada terlalu banyak persiapan memasang atau membuka khemah. Lagipun kita boleh tidur di mana mana tempat persinggahan tanpa menarik perhatian orang ramai. 

Sebab itu sistem pengudaraan kabin perlu efektif, disediakan seringkas mungkin. Penyedut udara boleh saja dipasang ditingkap, namun pemasangan dibumbung secara kekal lebih berkesan  tanpa perlu memasang atau membuka bila perlu..Tenaga boleh dijana menggunakan powerstation mini boleh recaj samada melalui tenaga solar atau letrik domestik.


Fuh merecik melihat Kembara orang lain yang telah diubahsuai..

Sebaik balik dari Puncak Fraser CamperKebun telah dihantar ke bengkel untuk mencari punca RPM tidak stabil..enjin tersenggut sengut ketika berhenti seolah ingin mati..Dilema  berkenderaan enjin tua, cuak untuk dibawa jalan jauh.

Untuk bercamping berdekatan Camperkebun tetap menjadi pilihan.


Tilam angin juga  diganti baru, badan tak selesa  beralaskan tilam angin.  Katil lipat rendah akan digunakan sebagai ganti..Bercamping Sagil menggunakan katil lipat tinggi dan sangat selesa, cuma tidak sesuai untuk digunakan di dalam kabin CamperKebun.

Awal Disember nanti ingin bercamping lagi di tapak camping Tg Malim sambil  memancing... 



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK