26 Okt 2010 adalah hari pertama aku berbasikal off road..trek pertama aku adalah di ladang kelapa sawit bersebelahan Bdr Tasik Puteri..
Plan asal adalah nak masuk trek Bandar S.Buaya., tapi kawan aku Kasren bagitau geng dia ramai yang masih mood raya..
Plan kedua aku ajak kawan, Acong untuk berkayuh ke Berjuntai-Bt Arang- B.Tasik Puteri, tapi harap-harap haritu boleh kayuh offroad.. Pagi lagi aku sudah berkayuh ke rumah Acong, 8 pagi kitorang mula bergerak ke BTP..mana tahu terserempak cyclist lain di sana..sah jumpa dengan 5 cyclist bbtp semasa sarapan pagi di kedai mamak, tanpa segan silu kami join geng ni..nama pun pelik juga..Boboi,Ciku,Chai,langgak dan sorang lagi Hashim.
Lepas sarapan mula menuju ke trek...sampai saja dah kena turun cerun curam..budak-budak lain lepas lah..aku tersungkur..aduuh..!sakit kangkang siut,bercalar lengan dan kaki aku....korang tau ajelah nama pun ladang..penuh duri pelepah kelapa..mula je dua kali aku tersembam..Lepas tu baru bebudak ni bagi tips..Paling penting kena kontrol postur badan, punggung kena angkat..punggung kena tolak belakang supaya berat diagihkan ke belakang..brake kena kontrol..banyakkan guna brake belakang..selepas dari ini aku dah mula seronok.. dah boleh kayuh turun dan naik cerun..walaupun kekadang aku tolak je basikal..tak laraat..MTB Mari Tolak Basikal ha.ha almaklumlah novice.. sebelum keluar trek 2 kali lagi aku terbongkang..mujur aku pakai lengan panjang..
Apa-apahal pun aku enjoy..hari tu saja kami dah cover 20km on road dan 15 km off road..untuk novice seperti aku kira pencapaian lah juga..he. he..minggu depan nak masuk trek lagi..!
Wednesday, September 29, 2010
Tuesday, September 28, 2010
LANGGAR KE TAK LANGGAR
Walaupun peristiwa tu sudah lebih 3 bulan berlalu, tapi kesannya masih terasa. Kesan parut di siku, lutut dan ibu jari masih jelas..Skuter aku pun masih berbekas kesan terjatuh..Signal kiri patah, mahu tukar, harga lebih rm300. apa barang ..mahaal..! jadi aku bawa ke bengkel Mail di Batu 16 Rawang, suruh dia modify pasang ribet.. Sudah lebih 3 bulan ok je..Inilah risiko bermotor. Magrib tu aku mahu ke masjid, tetiba kucing melintas pulakk..! aku pun apa lagi sentap brake .. aargh tersungkurlah aku..lain tak fikir dahh.,segera perbetul kain pelikat dulu.. macam mahu pitamm...Budak-budak balik main bola tolong bangunkan aku dan motor..
Lepas peristiwa tu aku bertekad apa saja binatang melintas depan aku, akan aku langgar..Dua pilihan, Aku atau Dia..Tapi binatang kecil lah..kalau lembu tetiba melintas..apa nak buaat..Aku pasrah ..
Kepada riders lain berhati-hati bawa motor ok..
Lepas peristiwa tu aku bertekad apa saja binatang melintas depan aku, akan aku langgar..Dua pilihan, Aku atau Dia..Tapi binatang kecil lah..kalau lembu tetiba melintas..apa nak buaat..Aku pasrah ..
Kepada riders lain berhati-hati bawa motor ok..
Monday, September 27, 2010
JANGANLAH SOMBONG PADA KAMI...
Memang benar..jangan sombong pada kami....Semasa di jalan raya aku cukup hangin kepada kenderaan dibelakang aku yang beri high beam..terutamanya semasa aku ride skuter..sabar lah sikit, aku pun nak potong kenderaan lain, lepas tu aku akan beri laluan la...pada hari Jumaat 24hb Okt lepas ada sebiji bmw 5 series sibuk mencucuh sambil flash high beam suruh aku ketepi..ok''ok aku akan beri laluan.. bukan ke aku sedang memintas kenderaan ni..Aku nak tengok sejauh mana dia boleh tinggalkan walaupun aku hanya bersekuter..jangan salah faham bukan aku nak berlumba,,aku tetap dengan kelajuan aku 120km/jam sahaja. Seperti diduga dia tak kemana pun.. bila kenderaan banyak dihadapan pasti korang tersangkut tetapi tidak kami..masa nilah aku ambil peluang memintas lalu ride depan dia sekejap sebelum mencelah tinggalkan asap bersamanya..ha.ha.Kepada yang berkenderaan besar usah pandang kami dengan sebelah mata..
GATHERING EX SMSM84
Pagi hantar anak ke KLIA balik sambung belajar di Alexandria, Mesir, pukul 12 hadiri jemputan kahwin anak jiran setaman..pukul 1.00 aku berdesup ke Ayer keroh Melaka dan sampai di Hotel Sri Malaysia 2.30 ptg.. baru 3 kawan yang dah sampai..Hasni,Ratinah dan Fazli..Hingga ke sudah tak sampai 15 orang yang hadir..kekawan lain beraya lagi kot..selain dari 3 orang di atas nama lain adalah Izam,Haslinda,Shahdan,Mustafa,Zulkifli, Azman,Anuar Dom dan Muzalmah..bersembang sakan sehingga dimaklumkan bahwa cafe launge akan ditutup untuk persediaan dinner..jadi kami bertandang ke rumah zaleha mohd nor..bersembang sehingga menghampiri magrib..aku kena beredar sebab nak ride malam kurang selesa sebab silau..
Syabas untuk saudara Hasni atas usaha beliau secara solo menjayakan pogram ini, Kepada kawan yang hadir lain syabas kerana tanpa sokongan kita akan hambar lah majlis..kepada yang tidak berkesempatan hadir mohon hadirlah pada pogram akan datang..diharap pertemuan akan datang akan lebih meriah..pogram seperti ini perlu disokong untuk mengeratkan silaturahim selain mewujudkan rangkaian kerjasama sesama kita..
Saturday, September 25, 2010
KAYUH JOMM KAYUH
Hari raya kedua kami telah berkayuh ikut jalan belakang dari Country Homes Rawang melalui kawasan lombong tembus ke kilang Yamaha Tan Chong di Persimpangan Sg Buaya. Sambung terus ke Pekan Rawang pekena tose dan bergelas gelas air..betul-betul kering tekaak..Sembang-sembang.., patah balik jalan yang sama..Pertama kali berkayuh selepas sambar basikal baru, memang sengal lutut.. peha..semualah..Laluan adalah kombinasi off dan on road..Check mileage tripmeter basikal kawan aku Acong.. peergh 46km dah cover..patutlah nak terjelir lidah..
RIDING GEARS
Nak kata tidak dijaga, aku jaga ..tp mungkin sudah tiba masa, terpaksalah beli yang baru..tapi demi keselamatan kenalah juga perabih.. glove kulit ni RM40 ringgit. Murah tapi ori.. sebab beli jenama biasa-biasa..Aku yakin kalu berjenama alpinestar ke atau jenama terkenal lain harganya mesti tidak kurang seratus lima puluh..lebih mau..Masa ride skuter dan basikal,boleh lah aku guna glove ni..
Pouch ori ni RM80, sticker BMW aku beli rm12..aku jahit sendiri ..kalau cari pouch original logo BMW mau 4,5 ratus....aargh apasal mau buang duit..
Mula-mula cuba saiz 36,saiz pinggang aku..langsung tak masuk..brader Pakistan tu bagitau pinggang seluar biasa mesti up 2 inci lagi..cuba seluar Cordura size 38..muat tapi sikit kecik,tak padan dengan jaket aku yang sikit besar.. jadi cari size 40..panjang ok ,kedudukan pad lutut ok, cuma pinggang ada sikit besar,sudah tambah extra butang pun masih longgaNr.. jadi aku hantar modify di Pertama Kompleks..terbang rm 35.
Jaket pulak bahagian siku kiri ..hangus tergesel exzos panas masa pam tayar, jadi buat padding kulit siku baru kiri dan kanan..hangus rm45..Mujur aku check 2,3 kedai..Kedai di Campball tu aku nak beli material dan jahit sendiri pun harga dah rm40..Tau-tau jelah kalu buat sendiri..mesti serebeh punya.. Aku puas hatilah buat dengan wak tu..
Friday, September 24, 2010
KITA BERSAUDARA
24 hb Okt 2010, balik dari site Nilai,lalu jalan pintas Salak Tinggi-Putrajaya-Elite..Hujan sangat lebat, jalan sesak ,mujur aku naik skuter..boleh lalu celah-celah kenderaan.,berhampiran Selangor Science Park, dua biji motor berhenti dilorong kecemasan..satu kapchai dan satu lagi EX9 macam aku punya..Aku tanyalah kenapa..mamat tu bgtau skuter dia tetiba padam..Bila check hose minyak mungkin tercabut..Ini lorong kecemasan..bahaya..! Di kawasan inilah adik aku eksiden patah kaki 2 bulan lepas..Dia pulak kejar Flight pukul 7,bermakna ada sejam lagi..Sebab aku tidak biasa menolak motor, kami bertukar motor, mamat ni ride sambil tolak skuter yang aku naik tu..guna kaki..hampir 3km jugalah sebelum dapat parking motor di Esso RNR Dengkil..Dia perkenalkan diri Lan Matrix dari Gombak.
Masa suntuk, sembang panjang pun tak sempat..terus bonceng aku ke Terminal LCCT kejar flight ke Kuching. Sampai LCCT 6.45..Terimakasih kepada Mamat kapchai kerana tolong escort sepanjang perjalanan ke R n R Dengkil..Betullah..ikatan persaudaraan tetiba terbit walaupun tak kenal sebab sama-sama naik motor..Sejenama pulak tu..Yea..ya kita adalah bersaudara..
Subscribe to:
Posts (Atom)
CUTI CUTI
Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.




.jpg)
.jpg)
.jpg)








