click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, November 9, 2011

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...


Kalau kereta  korang dirasakan masih tak cukup luas..fikirkan...!

Foto ehsan rakan facebook.

Tuesday, November 8, 2011

Usah nilai sesuatu dari luaran...?

Selalu orang cakap jangan nilai sesuatu dari luaran. bak kata pepatah "Don't judge book by its cover". Masalahnya ungkapan ini sering dijuruskan untuk menggambarkan bahwa didalam tak semestinya buruk walaupun  diluar nampak tak baik. Bila cakap soal hati, penampilan buruk tak semestinya hati buruk. Sejauh mana betulnya pepatah itu susah juga nak dinilai.
Jika hanya sebuah buku, mungkin ada kebenaran...kulit luar yang lusuh tak semestinya kandungan langsung tak berguna..tapi ini soal hati atau perangai manusia. Susah nak terima kalau penampilan zahir buruk tapi disuruh bersangkabaik yang dibatin adalah sebaliknya...


Semalam aku dah bersangkabaik semasa memotong mangga yang aku pilih dikalangan terbaik untuk mendapat isi terbaik, tapi sangkaan aku meleset., didalam busuk dan berserangga. Kekadang takjub juga bagaimana serangga itu boleh hidup diruang yang tertutup...Bayangkan kalau aku pileh yang terburuk dikalangan terbaik.! aku rasa isinya akan lebih teruk lagi. Jadi maafkan aku kalau aku berpersepsi tak baik kepada orang-orang yang pada pandangan aku berketerampilan buruk seperti gadis berbaju senteng bertindik di pusat, rambut berkaler dsb atau lelaki bertindik, berantai leher dengan rambut mencacak ditengah dsb..kerana bila terpandang orang sebegini atau yang seangkatan dengannya, segera aku teringat buah mangga diatas..yang dah tentu penampilan elok pun belum tentu isi baik..apatah lagi yang penampilan buruk..adakah kita yakin hatinya juga baik...?

Wallahualam..


Monday, November 7, 2011

Salam Aidil Adha...

Aku rasa tak terlambat lagi mengucapkan selamat hariraya Aidil Adha kepada seluruh umat islam. Bulan dimana kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim bersama isteri Hajar dan anaknya Nabi Ismail diuji sebagai bukti taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setelah sekian lama menanti zuriat, dianugerahkan dan diperintahkan pula melalui mimpi supaya dikorbankan anak kesayangan. Tanpa berbelah bagi ketiga-tiga insan hebat ini redha dengan perintah Allah. Allahuakbar...! pisau yang tajam tidak mampu melukakan leher nabi Ismail sebaliknya telah diganti dengan seekor kibas yang sihat.



Alhamdulillah kini kesedaran masyarakat untuk menyertai ibadah korban binatang ternakan nampaknya semakin tinggi. Sepanjang balik ke kampong baru ni, banyak aku tengok lembu terutamanya yang sedia untuk dijadikan korban. Di taman tempat aku sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan.

Gambar yang anda lihat ini aku terima MMS dari anak saudara aku di taman beliau. Lembu ini walaupun telah sempurna disembelih tapi masih mampu berdiri setelah ikatan dikakinya dilepaskan...Lembu -lembu terkemudian sebanyak 4 ekor telah siap dilapah tapi lembu ini masih belum bercerai nyawa dari badan..

Ajal maut ditangan tuhan, manusia mampu merancang, tuhan tentukan. Kalau ikut hukum akal memang dah lama kena lapah dan diagih-agihkan daging lembu ni... Setelah lama menunggu akhirnya berpisah jua nyawa dari badan. Bila tiba nya ajal tidak akan diundurkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Selagi belum tibanya saat kematian itu, manusia tidak boleh berbuat apa-apa walaupun logik akal mengatakan waktu itu sepatutnya telah tiba.

Wallahualam...

Friday, November 4, 2011

Bila barangan lusoh makin berharga...





Aku perhati budak-budak berbasikal tu dari kejauhan. tak lama lepas tu dia menuju ke tempat dimana aku berdiri.

"Cari apa dik..?" saja aku menanya

" Cari besi.." selamba je bebudak tu jawab..Dalam hati aku habis la sangkar batu yang aku beli dan longgokkan ditepi sungai untuk buat pengukuhan tebing.

" Pungut besi buruk saja tau..!, sangkar tu jangan di ambik .."

"ok.." jawab mereka ringkas. Aku harap mereka betul-betul tak ambil.

Ada la 5,6 orang anak-anak dalam lingkungan 10-13 tahun, berbekalkan guni plastik, mencari besi buruk. Tindakan mereka mencari besi buruk tidak salah, yang jadi masalah bukan setakat besi buruk diangkut, besi yang tak buruk pun turut diangkut sama. Kebetulan lokasi kerja aku tu berdekatan dengan tapak pembinaan kompleks pejabat LKIM di Pulau Meranti Dengkil..,jadi agak mewah lah pemungut 'besi buruk' mendapat habuan. Aku tengok banyak juga 'besi buruk' yang diangkut dibasikal diorang tu. Bila aku bagitau penyelia tapak tu, diorang memang sedia maklum dengan kerenah anak-anak orang asli yang tinggal berdekatan dengan tapak pembinaan itu.

Fenomena kehilangan barangan besi adalah fenomena nasional dan dunia barangkali. Seiringan dengan berkurangan bahan mentah besi, permintaan besi boleh dikitar semula semakin meningkat. Harga pasaran besi buruk kini sekitar 0.90 sen sekilo. Aluminium atau tembaga harga lebih tinggi. Pantang lepa, barang berasaskan besi ini mudah saja ghaib. Penutup longkang yang depan rumah kalau tak di ikat kukuh nescaya hilang sekelip mata. Lebih mengherankan penutup longkang di tepi lebuhraya yang sibuk pun boleh 'berjalan'. Penghadang jalan besi ditempat sunyi jangan cerita la..Walaupun pihak berkuasa meletakkan label nama jabatan masing-masing untuk mengenal pasti barangan, tindakan itu seolah-olah tidak berkesan, Hilang tetap hilang...!

Kerugian yang dilaporkan berikutan kecurian ini bernilai jutaan ringgit. Kekadang ada manusia yang sanggup menggadai nyawa dengan memotong kabel elektrik, talifon atau memanjat pylon letrik bervoltan tinggi semata-mata untuk mencuri besi. Bukankah kita pernah baca diakhbar pencuri mati tersangkut di pylon akibat terkena renjatan elektrik? Aku mencadangkan supaya lubang-lubang angin untuk bangunan pencawang elektrik jangan dipasang dengan kekisi aluminium sebaliknya guna saja lubang angin konkrit. Walaupun tak berapa cantik tapi selamat..!

Kejadian berleluasa ini berlaku kerana manusia dah tak ambil peduli dari mana sumber rezeki. Dalam kepala hotak masing-masing yang penting boleh dapat duit.,duit dan duit..! Dan punca terhakisnya nilai moral itu kerana semakin ramai orang yang membelakangkan agama. Orang bukan islam aku tak mau ulas sebab aku pun tak tau apa yang diajar kepada penganutnya, tapi orang yang mengaku islam ni pun ramai juga yang terlibat dalam mencuri harta awam . Pada aku punca utama merosotnya nilai moral kerana ramai orang memandang ringan keutamaan solat. Melalui kaji selidik lebih 70 peratus orang islam tidak mengerjakan solat..!

Untuk menilai secara mudah nilai statistik itu lihat saja dipersekitaran kita seperti dipejabat-pejabat dsb..berapa kerat sangat orang yang menunaikan solat...? Bagaimana pula di pasar-pasar malam dan pelbagai tempat lain..?

Dihari yang Jumaat yang mulia ini jomlah ingat-mengingati. Kita memulakan dengan diri kita dan serulah orang dibawah tanggongan kita untuk bersolat. Bukan setakat solat,tapi berazam untuk melakukan solat yang sempurna...Kerana hanya solat yang sempurna dapat mencegah dari kemungkaran...

Ya Allah Jadikanlah solat kami solat yang khyusuk dan terimalah solat kami. Aminn..

Thursday, November 3, 2011

Dulu lain, sekarang lain...



Susah nak jaga anak remaja, susah juga nak jaga anak menuju ke alam dewasa. Peringkat kritikal anak remaja sejurus memasuki sekolah menengah sehinggalah melewati umur 18 tahun. Cabaran anak remaja lain dan cabaran selepas remaja juga lain.

Semasa remaja biasanya masa nilah pengaruh kawan-kawan selalu membentuk peribadi anak-anak. Perubahan hormon barangkali, yang lelaki mulalah jalan mendada saja..konon-konon nampak macho kot..bila berpakaian sekolah jarang yang aku tengok baju masuk dalam, pantang berada diluar pagar sekolah, cepat saja ditarik baju keluar..tangan pun segera saja membetulkan rambut. entah apa cantiknya rambut dibiarkan menegak ditengah-tengah.. bermacam-maca fesyen nak diikuti. Masa ni juga tangan ringan saja mencapai rokok yang dihulur kawan-kawan.

Perempuan pun apa kurangnya, kekadang tu tudung hanya dipakai semasa pergi sekolah ..lepas sekolah mulalah menayang rambut blonde...jalan terkedik-kedik...! Sesetengah tu bukan remaja bahkan orang dewasa pun ada. Pernah aku terserempak wanita yang dari belakang ingatkan mat salleh, bila toleh tuu diaa muka pecah rumah beb...! Aku sering berpersepsi barangkali orang seperti ni uban dah penuh dikepala jadi nak sorok uban kenalah kalerkan semua...ish ish sungguh tak faham aku..agaknya apa yang ada dibenak mereka...adakah mereka merasakan diri cantik bila berpenampilan begini..?, sedangkan bagi aku yang melihatnya meluat pun ada...tak taulah korang..

Bagi anak-anak yang memasuki usia 20an..,lain pulak cabarannya..cerita lain takda, cerita nak kahwin, nak kahwin dan nak kahwin.. kalau semasa remaja bercintan-cintan juga tapi diperingkat ini dah bukan cintan main-main..masing-masing merenyam je sibuk cerita nak kahwin...hai susah kita emak bapak dibuatnya...tak bagi berjumpa terang-terangan, khuatir pulak mereka berjumpa bersunyi-sunyian. Tak taulah samada ikut perangai mak ayah ke aper..tapi seingat aku walaupun aku dulu kahwin muda tapi takdalah sibuk bercintan macam ni...Aku dulu kahwin masa belajar di tahun akhir..Bila aku berkenan kat seseorang tu terus aku pinang dan kahwin.. buat apa nak bercintan-cintan , Yang selalu aku bebel kat anak-anak, buat apa bercintan-cintan..kekadang tu bercintan bagaikan nak rak tapi akhirnya kahwin dengan orang lain..ermm ngabiskan beras...!

Seperti yang aku selalu cerita, hidup ibarat roda..Adakah aku sedang diuji..dulu aku kahwin semasa hampir berakhir pengajian di U, walaupun mak ayah aku kata tunggulah sehingga habis pengajian dan balik ke Malaysia... sekarang ni anak aku sibuk nak kahwin walaupun baru saja nak memasuki U...Kalau dua-dua belajar di sini atau kedua-dua belajar diluarnegara tempat yang sama bagi aku takpa, aku tak kesah..ini anak aku insyaAllah akan belajar nun jauh diluar negara, Pakwe dia pulak belajar di sini...tak ke naya kalau aku ikut kehendak mereka...

Ada sapa-sapa inginkan kongsikan pengalaman atau pendapat...? ishh sesak dada aku beb...!

Tuesday, November 1, 2011

Bibik, besar jasamu...


Ada bibik  berkerja menguruskan tugasan harian disamping menjaga anak-anak kecil dan ada juga yang menjaga orang berusia dan sakit. Kedua-duanya sangat berjasa kepada keluarga, tanpanya susah  kita dibuatnya..Walaupun terdapat pembantu rumah yang membuat hal, tapi kebanyakkannya adalah baik. Begitu juga dengan majikan, ada le segelintir yang bengong dengan menganggap pembantu rumah seperti hamba ...Mereka ini begitu kemaruk atau gila kuasa. Penderaan pembantu rumah pada aku amat tidak wajar. Tiada alasan  majikan  bertindak tidak berperikemanusiaan kepada pembantu rumah...adakah dengan gaji yang dihulurkan maka menghalalkan pembulian keatas mereka.?.

Pembantu rumah yang tingal bersama keluarga dan anak-anak kecil, pada aku biasa, tetapi pembantu rumah yang tegal tinggal bersama  untuk menjaga orang uzur bagi aku adalah luarbiasa.  Walaupun ada, aku  tak fikir ramai anak-anak yang bersedia menggalas tugasan itu. Adakah anda tergolong dalam kelompok yang sanggup memandikan, menyuap, membasuh najis orang tua uzur serta menemankan tidur setiap hari..?..sekiranya ya..syabas...Hanya Allah yang akan membalas kebaikan anda. Bayangkan tanpa ikatan pertalian darah pembantu rumah ini sanggup menggalas cabaran itu, walhal mereka mempunyai peluang untuk mencari kerja lain sekiranya mau... Sungguh tulus dan suci hati pembantu rumah ini...Semoga Allah merahmati mereka. Amin

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK