click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, December 18, 2015

Kembara Bumi Mesir- London Day 3

Secara peribadi jika ditanya apa yang menakjubkan sepanjang berada di London...Tidak teragak-agak akan memberi jawaban-London Tube...Operasi yang diperkenalkan secara berperingkat bermula 150 tahun dahulu adalah kejuruteraan yang hebat. Jaringan trek asalnya dibina melalui kaedah korek dan kambus...Seiringan dengan peningkatan teknologi  kaedah pengorekan terowong diperkenalkan... Jenuh memikirkan bagaimana zaman dahulu dengan kekangan mesin dan peralatan ,  mereka mampu membina  jaringan trek pada kedalamaan jauh dibawah tanah. 45 peratus dari keseluruhan  402 km jaringan trek  dan stesen berada dibawah tanah dengan purata kedalaman 24m dan dan ada yang mencecah sehingga kedalaman 67m.!



Namun bila ditanya anak dalam 3 lawatan London Barcelona dan Cairo,,London kurang diminati kerana sebahagian besar lawatan menggunakan tube yang tidak menyajikan pemandangan  indah luar...Jadi kepada pengembara berbagi bagilah mode pengangkutan jika ingin menghayati pemandangan luar London.

Lawatan hari ke 3 kami menggunakan tren atas tanah ke destinasi nostalgia..Ponders End . Kawasan penginapan semasa belajar. Banyak kenangan terungkap tetekala melalui kawasan penginapan...Perubahan juga tidak begitu ketara...




.             
Dijalan inilah sebahagian rumah pelajar berada...
Bas bas bernombor yang segera mengingatkan kenangan berkejar untuk  ke kolej...
                                                               


Disinilah kami diijabkabulkan...

Tidak menyangka dapat bertemu tuanrumah...Tuan rumah yang tetiba rasa sebaya...


Pemastautin dari Bangladesh yang telah memperolehi warganegara Britain. Kebetulan anak perempuan beliau yang dulu berusia 8 tahun  juga dirumah..Beliau kini seorang doktor...



Walaupun lebih 30 tahun berlalu..masih boleh mengenali mana satu kedai daging... mana kedai groceri tempat kami berbelanja....Barclays bank dimana mengambil duit elaun belajar ..,Masjid juga sama..


Tesco ..pergh disinilah tempat mencari elaun tambahan, bekerja separuh masa...





Makan tengahari disajikan percuma oleh anak penjual daging yang mengusahakan restoran . Bapa beliau merupakan pemilik kedai daging tempat kami mendapatkan daging halal..Bapanya kini telah kembali ke Bangladesh... Di London, tiada masalah untuk mendapat makanan halal..Para pengembara tidak perlu memberatkan luggage dengan periuk belanga juga bahan mentah untuk masak sendiri kerana restoran atau outlet menjual makanan halal banyak disana...Untuk menikmati masakan arab berkunjunglah ke Edgware Road . Banyak kedai berpapantanda tulisan arab dengan logo halal jelas terpampang dikebanyakan deretan kedai...

Kawasan penginapan kami dekat benar dengan stadium Kelab bola  Totenham Hospurs...Namun sepanjang disana tidak pernah berkunjung ke stadium..

  
Lihatlah rupa stadium yang begitu gah di TV namun  dhaif diluar...Siapa sangka dari kelab inilah penjualan main termahal dunia Gareth Bale dihasilkan...

Melengkapkan kembara hari ke 3 kami berkunjung ke Islamic Lentre London yang terletak di Regent Park..






.





Lalu saja di Madame Tussauds di lokasi berhampiran  Stesen Tube Regent Park.....Tak berbaloi untuk masuk selain ramai pengunjung..tiket juga sangat mahal...





Juga muzium pengarang novel penyiasat Sherlock yang juga tidak jauh....Budak budak teruja berkunjung..Kami orang tua menuruti saja..tak taupun siapa dia...

Esok kami akan mengembara ke luar London...Menuju ke Bath ...

Untuk mengikuti diari kembara Day 1 & 2 klik DISINI

























Wednesday, December 16, 2015

Kembara Bumi Mesir-London day1 &2



Serius... dulu semasa belajar langsung tak begitu ambil pusing persekitaran. Mungkin faktor umur..Manalah tahu nak berbanding sana berbanding sini. Kehadiran kali ini cukup berbeza..Teruja melihat semula bandar yang pernah dikunjungi 30 tahun dulu..Terminal airport nampak lesu..  Tiada masalah melepasi imegresen..sekadar ditanya satu dua soalan ..apa tujuan lawatan..tinggal dimana..Lagipun  pengunjung Malaysia ke UK tidak dikenakan visa  jadi kunjungan lebih mudah..



Pertama dicari tentulah SIM Card untuk berhubung juga pas menaiki kenderaan awam...Bagusnya disini pengangkutan awam  efisien. Pas kenderaan boleh diguna untuk sebahagian besar pengangkutan awam. Dengan Pas Oyster bergeraklah merata tempat anda hanya akan dikenakan harga siling ..Harga ditetapkan mengikut zon...Jadi pergerakan sekitar London langsung tiada masalah...Tak perlu risau tersesat kerana boleh berulang kali menaiki kenderaan tanpa caj tambahan...Cuma tenaga kena lebih.



Menuju ke Homestay juga mudah...Tuan rumah pensyarah Uitm Tapah belajar Phd di Imperial College..Tak jauh dari Central London. Kini ramai pengembara bajet Malaysia...jadi penginapan homestay pelajar jadi pilihan..Dimaklumkan terdapat 30 keluarga pelajar Malaysia di kawasan ini..Sebahagian besar menyediakan homestay...namun kebanyakan homestay sentiasa penuh...! Situasi ini menang menang..Pelajar mendapat elaun tambahan..pengunjung dapat harga penginapan berpatutan...Bilik kami 50 pound semalaman...Satu bilik kongsi 4 orang..oklah..Pengembara datang bukan untuk tidur..kami mau berjalan-jalan



Selesai bertemu tuan rumah dan meletakan beg segera bergerak semula ke central london..Menaiki bas untuk menikmati panorama kota. London nampaknya masih tak banyak berubah...Bas bas masih lagi menelusuri jalan jalan sempit  ..Lampu -lampu isyarat dan bulatan kecil masih banyak..Tiada persimpangan berselirat sebagaimana bandar-bandar moden lain.Walaupun tua.. bangunan dan persekitaran kekal terpelihara..kemas dan bersih...Cuma secara peribadi bangunan baru seolah tidak 'blend' dengan bangunan lama..Bangunan baru seolah tercari cari identiti yang cuba ditonjolkan.



 
Berikut sebahagian lagi..foto foto kembara..



.








 

Pengenalan Kembara boleh di baca DI SINI


Tuesday, December 15, 2015

Kembara Bumi Mesir...

23hb November 2015 Isnin bermulanya kembara berakhir Isnin 14hb Disember 2015 untuk tempoh waktu 3 minggu. Mengambil keempatan cuti sekolah yang panjang, Tujuan utama untuk melawat anak yang mengaji di Alexandria Mesir. , Bersama dengan 2 orang anak dan isteri. Perancangan  telah diaturkan 3-4 bulan lebih awal. Walaupun disaat bermulanya kembara tukaran wang semakin tidak menentu.., kembara diteruskan..kerana anak akan menamatkan pengajian tahun ini..Jika terlepas peluang ini sukar untuk ke sana nanti.. Perancangan awal ini perlu  untuk mendapat tiket penerbangan juga penginapan yang murah melalui pelbagai promosi. Perbelanjaan keseluruhan kembara selalunya  ditentukan oleh 2 perkara ini. Mencari tawaran menarik kini lebih mudah kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui internet.

Tiket penerbangan diperolehi melalui carian MyLibur juga Skyscanner...Engine carian ini akan membandingkan harga tiket menurut tarikh-tarikh yang dikhendaki. Untuk menjimatkan kos penginapan.. kami memilih tinggal di Homestay pelajar juga apartmen...Maklumat juga diperolehi melalui internet.

 Destinasi utama ke Mesir , tapi laluan yang dipilih melalui pelbagai negara. Vietnam..UK. Sepanyol juga Greece..Hehe...Hanya transit melalui negara tersebut...Transit lama di London UK selama seminggu juga Barcelona Sepanyol  lebih kurang sama.. Yang lain hanya beberapa jam di lapangan terbang. Walaupun melalui laluan yang jauh... perbezaan harga tiket tidak melebihi RM 3 ribu  untuk 4 orang berbanding  penerbangan terus KL- Alexandia Mesir...  Kembara seperti ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak terikat dengan masa. Promosi promosi tiket hanya ada dihari tertentu disepanjang tahun..

23-28hb November 2015 KL-Hanoi- London

Sengaja memilih laluan London ...Ingin melawat semula tempat belajar sambil menunjukkan kepada anak- anak disanalah kami bertemu jodoh..

Kembara bajet memilih penerbangan Vietnam  Air yang menawarkan harga tiket paling murah. Penerbangan hampir 3 jam dan transit di Hanoi untuk 3 jam sebelum menyambung lagi untuk 12 jam ke Heathrow London. Perjalanan yang jauh..Cabaran makanan  diatasi dengan meminta makanan halal semasa membuat tempahan tiket..Alhamdulillah kami disajikan makanan yang berbeza dengan penumpang lain semasa penerbangan ke London. 6.30 pagi 24hb kami tiba di Heathrow...

Bersambung...Foto foto kembara akan menyusul...

Friday, November 20, 2015

Jom Templer Park...Dekat tapi jauh..

Memang betul...Lokasi taklah jauh dari rumah..tapi tak penah berkunjung hingga ke puncak...Beriadah  dikaki bukit pernahlah...Itupun dah lama dulu.. Dihujung minggu baru ini kami bertandang ke sana..Ingin mengetahui lebih lanjut.. Ranjer memberitahu air terjun disini mempunyai 7 tingkat. Harini ingin mendaki sehingga ke tingkat 7..

Memasuki taman ini dikenakan bayaran Rm 2 seorang.. Kenderaan juga dikenakan bayaran yang sama.







Sausana di atas memang menyegarkan...Kebanyakan pengunjung mandi manda di air terjun tingkat pertengahan... Di tingkat atas kedapatan seorang dua pengunjung saja..







Trek berturap berserta tangga disediakan disebahagian saja laluan untuk memudahkan ke puncak.. Untuk ke puncak tertinggi pengunjung perlu melalui trek berbatu sempit, licin lagi curam ...




Untuk mendaki ke puncak laluan adalah tersangat sunyi..Tidak digalakkan mendaki bersendirian .. Dikhuatiri  berlaku kejadian tidak diingini...Sedangkan anak-anak  orang asli Sekolai Tohoi Gua Musang yang rumahnya berlamankan hutan  boleh tersesat inikan pula orang awam yang langsung tiada pengalaman berada dihutan..Didalam hutan sebarang kemungkinan itu ada..

Kebetulan terdapat sekumpulan pendaki dari Tanah Besar  China yang mendaki...ermm join lah...


Setelah melepasi trek berturap pendakian ke puncak mengambil masa lagi antara 20-30 minit.. Tak pasti samada ini puncak air terjun ke 7 ...Keadaan persekitaran dan aliran sungai telah mendatar setelah membuat pendakian agak curam..terdapat tali rentang menghalang pengunjung dari meneruskan perjalanan..Mungkin perlu mendapatkan kebenaran atau ditemani oleh orang berpengalaman..


Mendaki lebih mudah berbanding menurun...Tebing berbatu yang curam lagi licin menyukarkan pergerakan...

Secara keseluruhan kawasan lawatan memang menarik...Namun aspek kebersihan  dan penjagaan kemudahan awam sedikit mendukacitakan... Memang terdapat pekerja yang membersihkan kawasan tapi sikap segelintir pengunjung yang langsung tidak sensitif dalam memelihara kecantikan taman amat dikesali... Monyet monyet liar yang menyelongkar tong-tong sampah terbuka seterusnya menyepahkan sampah dimerata tempat  memburukkan lagi keadaan..









Diharap orang ramai dan pihak berkaitan mengambil serius akan perkara ini. Sayang... kita memiliki keindahan semulajadi yang dicemburui pengunjung negara luar tapi kita seolah tidak menghargai anugerah itu.... Perubahan itu bermula dari diri kita... Jom berubah...Kita mampu mengubahnya..


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK