click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, January 9, 2023

Stadium JDT...


Bercamping diteruskan lagi, jika minggu lepas di utara, Gopeng Perak, minggu ini di selatan, Parit Raja, Johor. Dah lama bertangguh bertemu dengan anak buah. Anak buah tidak boleh   dibiarkan terlalu berdikari, jika demikian mereka akan sedikit demi sedikit  mulai berenggang dan akhirnya akan meninggalkan kita, sedangkan kita sangat memerlukan khidmat mereka.


Berkhemah diruangan kedai gunting, bila tidur di khemah tidaklah tersedut habuk maupun rambut halus. Bilik sediada sekadar selesa untuk anak buah tidur berdua. Menggigil bila aircond ON sepanjang malam.

Pakar gunting  yang diharap mengembalikan kegemilangan kedai setelah hampir 3 tahun ditutup akibat PKP covid19. 


Setiap kali melawat anak buah akan membawa mereka berjalan-jalan. Sebulan dulu melawat Desaru, kaliini ke Johor Bahru..Akan datang tak tau lagi  nak bawa ke destinasi mana. Sukar memenuhi citarasa budak- budak muda..,pastinya keinginan mereka tak sama dengan orang berusia.




 

Bukan saja anak buah teruja, kita yang berusia ni pun sangat gembira dapat menjejakkan kaki buat pertama kali ke Stadium JDT. Hebat stadium ini. Banyak stadium ternama dunia dilawati, penulis berani katakan stadium ini jauh lebih canggih dan cantik. Stadium kelab-kelab ternama dunia di Eropah seperti Manchester City, Manchester United, Liverpool, Barcelona , Napoli, Totenham  sekadar gah di tv, yang sebenar sangat biasa-biasa. 




Harapnya pihak pengurusan berterusan menjaga kualiti stadium bertaraf dunia ini.


Sehabis melawat stadium JDT, terus bergerak ke Hutan Bandar, Johor Bahru, kalau datang awal pagi boleh beriadah disitu, setibanya matahari telah menegak jadi singgah sekadar untuk makan makan di medan selera. Suasana sebenar hutan bandar masih menjadi persoalan kerana tidak sempat untuk meninjau kawasan keseluruhan. Akan mencari waktu yang sesuai untuk berkunjung ke situ lagi akan datang.






Singgahan berikutnya adalah Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Pertama kali singgah disitu.
Masjid bersejarah tersergam  dari kejauhan, rupanya bersaiz sederhana ruangan solat utama. . Terdapat ruangan terbuka disebelah luar untuk para musafir berehat.


Bersolat dan melelapkan mata sebentar sebelum meronda di tempat lain. Destinasi berikutnya adalah Legoland Malaysia, Bandar Madini, disana hanya melihat dari luar. Dari luaran persekitaran agak kurang ceria. Landskap tidak begitu kemas. Jauh berbeza dengan landskap di stadium JDT tadi.


 Mengakhiri ronda-ronda, memenuhi permintaan anak buah menikmat durian, di exit Ayer Hitam,  katanya  dah lama tak rasa durian. Menurut penjual ini buah Segamat hujung musim. D24 Rm20 sekilo, IOI Rm30...Makan sebiji D24 dan 2biji IOI, Rm130. Hah dah pesan awal- awal dengan anak buah, takkan cuma bawak perut saja, sesekali kena belanja, dahlah kita jadi supir sepanjang masa, mana aci camtu. Tapi tulah masa nak balik ke KL tak sampai hati mengetuk anak buah, terpaksa hulur semula apa yang dah dibelanja..Tak mengapa, bila dapat membeli jiwa, anak buah akan ingat dan berkerja dengan jujur walaupun dibiarkan berkerja beratus km  tanpa pantauan. 

Win, win...




Thursday, January 5, 2023

Gopeng Glamping Park, Perak..

Berkhemah sudah menjadi pilihan masyarakat yang inginkan kelainan. 


Camp site kita  sudah semakin ke hadapan, kemudahan di sesetengah campsite sudah tidak jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan di negara-negara sebelah barat. Cuma aspek kebersihan persekitaran perlu dititikberatkan. Di negara Mat Salleh kehidupan bercamping adalah sebahagian gaya hidup. Bila musim panas, berduyun duyun kenderaan caravan memenuhi camping site. 


Jika sebelum ini penulis menyinggah di Rumah Dusun KKBharu Selangor, kali ini berkunjung dan bermalam di Gopeng Glamping Park, Perak. Menempah ketika promosi Rm150 /khemah. Kadar biasa rm250. 


Kemudahan disini semua lengkap..tandas, surau mini, dobi, cafe ..Tandas pun bersih. Bila berkongsi tandas mengembalikan nostalgia tinggal di asrama beratur menunggu giliran setiap pagi. 



Tempat bersantai turut disediakan. Jika tiba awal boleh melepak disini sementara check in khemah pukul 3pm.




Kelengkapan khemah tidak kurang hebat, tiada jauh beza dengan tinggal dipenginapan dalam bangunan. Khemah dilengkapi dengan kipas, untuk lebih selesa boleh menggunakan aircond dengan caj tambahan RM30.


Kelebihan kawasan perkhemahan sini terdapat sungai jernih berpunca tidak jauh dari hulu tanah tinggi. Jika ingin beraktiviti mencabar boleh berakit di jeram atau sekadar bermandi manda disungai cetek bersebelahan tapak perkhemahan.







Cafe ala-ala resort dengan live band turut disediakan. Harga penginapan  tidak termasuk caj makan ataupun sarapan. 


Mengisi waktu terluang sepanjang penginapan boleh  menyewa atv dengan kadar Rm100 sejam sambil melayan  trek offroad diiringi jurupandu. Atau menyaksikan pemandangan matahari terbenam dipuncak bukit.



Jika malas beraktiviti bergolek saja didalam khemah atau menemankan anak-anak di tapak permainan yang disediakan. 











Kebetulan buah durian sedang gugur di kampung ini. Sambil berkhemah kita menikmati durian yang baru gugur..Sekilo Rm8...Ok sangatlah tu.

Apalagi berkunjunglah ke sana...
 





Wednesday, December 28, 2022

Cabaran Berkebun...

Masa membeli dulu semuanya indah, kebun berjiran bersih sehingga dari kejauhan boleh nampak kebun yang ingin dibeli, kini kebun itu seolah terbiar, sayang dulu dia dah berhabis melapangkan kebun, membuat teres , bukan sedikit dibelanjakan. 


Dulu akses ke kebun dikhabarkan melalui rezab jalan tambahan atau lot tidak bergeran, hanya sebahagian terpaksa melalui kebun orang yang boleh dilalui tak kira masa. 

Bila urusan pembelian selesai, baru tau jalan rizab sebenar, terpaksa melalui jurang dan puncak yang curam, tak taulah macamana semasa penyediaan lot lot kebun dulu, rizab jalan sebegini  boleh diluluskan. Bukan tak boleh bina, tapi kos pastinya  tinggi. Atas sebab akses yang sukar inilah syarikat penyedia telekomunikasi membatalkan rancangan menyewa tanah untuk membina menara pemancar dikebun.


Kini ke kebun terpaksa mengharap ihsan semua jiran kebun terutamanya jiran dipintu masuk utama. Dia tidak tinggal disitu sepenuh masa, setiap kali ingin kekebun terpaksa memberitahu awal supaya palang tidak dikunci, nampaknya kena berbincang lagi supaya boleh dapat kunci pendua. Awal awal dulu dia agak keberatan untuk memberi. 


Jiran itu sudah agak berusia, walaupun sedikit sukar tapi dapat saja kerjasama menggunakan akses, cuma sesekali dia tak sempat membuka palang bila ada urusan diluar kawasan. Kita bimbang dijual kebunnya dan dapat pemilik yang lagi tak boleh berkongsi akses. Anak- anak jiran itu berkerjaya diluar kawasan dan sudah pasti sukar menguruskan kebun.




Semangat membeli plywood untuk menyiapkan lantai pondok. Daripada 4 keping diperlukan kebetulan hanya berbaki stok sekeping...



Dah sampai ke pintu masuk kebun inilah yang terjadi, palang berkunci walaupun sehari sebelum itu dah ingatkan lagi ke tuan tanah setiap Selasa akan ke kebun. Dia tak sempat kembali kerana ada urusan di KLIA sehingga lewat malam.



Fuh mujur cuma ada stock sekeping, terpaksalah menapak hampir 1KM untuk mengangkut barang ke kebun.


Ingatkan bawak  pembantu tambahan bolehlah menolong membaja, membersih pangkal pokok, menebang pokok besar yang menghalang akses ke kebun, manakala pembantu biasa akan menyiapkan pondok kebun. 

Dah kenderaan tak boleh lalu terpaksalah meninggalkan guni baja dan barangan lain di Kembara saja, tak sanggup memikul banyak barang. Pembantu cakap macam nak patah tengkuk Huhu

Thursday, December 8, 2022

YR Gunting Kayu Ara...

Pencarian premis gunting ideal memang sukar. Banyak pertimbangan perlu dibuat sebelum mengambil keputusan menyewanya. Antaranya lokasi dipilih mesti strategik dan tidak terlalu banyak persaingan. Keluasan premis yang ditawarkan walaupun sederhana harus mempunyai bilik dan tandas. Jika keluasan tidak mencukupi, bilik sewa mesti mudah diperolehi dilokasi berhampiran

Sewa kedai mesti tidak tinggi. Berbeza dengan premis sendiri, premis sewa berisiko dengan kenaikan kadar sewa, jika koleksi bulanan tidak mampu membayar sewa kedai dan bil utilities, peluang untuk berkubur sangat tinggi. 






Pantang dengar kedai berpatutan untuk disewa, terus berunding dengan pemilik. Serendah Hulu Selangor, Wangsamaju Kuala Lumpur, Sg Choh Hulu Selangor, Bukit Sentosa Hulu Selangor, Damansara Petaling Jaya akhirnya  dapat juga premis di Kayu Ara Petaling Jaya.


Berbeza dengan premis premis lain yang cuba dirunding, urusan premis di Kayu Ara sangat mudah. Menelifon pemilik, bertemu, berunding, seterusnya membayar deposit . Urusan ubah suai dengan kontraktor selesai pada hari yang sama.




Jika tiada halangan, seawal pertengahan Disember kedai sudah boleh beroperasi.



Alamat kedai: YR Gunting, Jalan Chempaka,
Kg Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya Selangor

Jom jom bergunting disana

 

Wednesday, December 7, 2022

Rehat Bela Ayam...


Dah tiba masa reban dikosongkan sedikit demi sedikit. Ayam pun dah tak produktif, tak lagi kerap bertelur. Manakan tidak ayam berusia lebih 2 tahun, jadi perlukan generasi baru.


Reban pun dah uzur, perlu penambahbaikan, walaupun ditampal, jaring pagar reput mudah  berlubang sana sini, pantang lambat beri makan ayam menerobos dan berkeliaran di luar, habis laman dipenuhi dengan taik ayam.  Mana ayam yang pandai cari lubang keluar reban itulah  yang kena sembelih dulu.

Nak rehat dulu beberapa bulan dari membela ayam. Sementara stok ayam baru dibawa masuk, jaring pagar perlu diganti baru. Reban dan tiang tiang pagar yang dah uzur perlu dibaiki atau diganti. Jaring akan guna yang tebal, mahal sikit ok tapi kukuh. 


Dah banyak tahun berpengalaman membela ayam diruangan sempit, rasa sayang untuk berhenti. Banyak manfaatnya,  sisa makanan domestik, rumput, daun-daun laman boleh dijadikan kompos di dalam reban. Penjagaan pun mudah, setakat membela sehingga kini tak dengar lagi jiran- jiran atau tetamu merungut bau busuk atau lalat banyak. 

Penyediaan makanan pun tak susah, beli seguni jagung dan beberapa kilo dedak sampai berbubuk untuk menghabiskannya. Dengan sedikit kerajinan campur  dedak bersama daun-daun tanaman kebun, batang pisang untuk diperam menggunakan cecair organik. Reban akan sifar bau dan lalat.  Pokok ubi, ketum ayam sudah terlalu banyak, pokok pisang hutan macam tak menyempat tumbuh, sisa makanan domestik pun selalu ada.

Jadi apa lagi..jom bela ayam...






CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK