click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, August 22, 2023

Kellie's Castles, Batu Gajah, Perak


Misi mencari kedai sewa di Ipoh, membawa kami ke Kellie's Castles...Bercadang membuka kedai gunting baru di sana. Di Lembah Klang harga sewa kedai sudah terlalu mahal, sangat tidak berbaloi untuk pemodal. Jarak Ipoh dan Lembah Klang pun tidak jauh sekitar 2 jam pemanduan.

Lokasi kedai telah dikenal pasti., tapi perbincangan belum mendapat kata putus.

Dah alang- alang ke sana, singgah di Batu Gajah, membawa anak buah  meronda-ronda ke Kellie's Castle. Ini saja modal yang kita ada sebagai pemodal, membeli jiwa anak buah. Anak buah gembira urusan kedai akan semakin mudah, apatah lagi apabila kedai jauh.






Syabas kepada agensi pelancongan negeri Perak yang mengeksploitasi bangunan lama rumah agam tinggal milik pengusaha pelombong bijih timah.

Tiket masuk dewasa rm5 seorang dan caj parking Rm2, harga yang sangat munasabah.









Penambahbaikan terbaru berbanding kunjungan terdahulu, kini pelawat dikhendaki mengambil gambar sebelum memasuki perkarangan bangunan. Walaupun tiada paksaan membeli, ramai yang tertarik untuk membeli gambar sebagai kenangan.










Menurut catatan, di beranda ini sering kelihatan kelibat lembaga kononnya roh pemilik yang menjaga rumah beliau..Gimik-gimik seperti ini yang menarik minat pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut dan datang ke sini..




Catatan- catatan mengenai sejarah rumah agam disediakan untuk makluman pengunjung.


Apa lagi..Jom jom kita meriahkan destinasi pelancongan tempatan...

Sunday, August 20, 2023

Pokok Belimbing Besi....

Walaupun Ahad bukan hari kebun, bila berpeluang akan pergi juga. Bertemankan menantu no 2,  kunjungan harini sekadar meninjau kebun sambil menanam 2 pokok belimbing besi.



Pokok dibeli dari rakan setaman yang mengusahakan nurseri diperkarangan rumah. Sepokok besar yang telah mula berputik dan satu lagi anak pokok berharga RM70..


Banyak pokok-pokok ditanam di kebun dinamakan bersempena nama si penanam. Selalunya mereka mudah diajak semula jika dipelawa melihat pokok- pokok yang ditanam.



Pokok belimbing Naufal yang dinamakan bersempena cucu lelaki..


Pokok Belimbing Inara bersempena nama cucu perempuan.

Ada beberapa lagi ruang untuk dinamakan cucu yang lain apabila berkesempatan ke kebun bersama menantu yang lain pula..


 Harapannya pokok-pokok yang ditanam membesar dan berhasil dengan baik.

Saturday, August 19, 2023

Skuter NMax 155...

Sabtu 19hb Ogos 2023, menemankan anak mengambil motor. Giliran anak muda berjinak- jinak dengan motor. Zaman kita dah berlalu.




 Kemuncak penulis bermain motor adalah antara 2010-2016. Walaupun sejak remaja tidak pernah bermotor memasuki usia 40an terus menyambar motor 1200cc.. 2009  pertamakali mendapat lesen motor. Ketika itu punya semangat kalau boleh seantero dunia nak bermotor. Walaupun tak kesampaian dapat lah juga meronda sehingga ke negara-negara asean. 


Sesudah asia tenggara pernah bercadang ke Pakistan dan Turki..tapi nampaknya cuma sekadar azam, perancangan yang dibuat tidak terlaksana  kerana ramai rakan motor sangkut dengan komitmen kerja. 

Sekarang semangat bermotor sudah hampir tiada, kudrat dah tak cukup kental untuk duduk lama diatas motor selain  tak sanggup berjemur dibawah terik matahari.

Semangat meronda tetap ada, kita layan kereta sajalah..

Friday, August 18, 2023

Nikmat Bebas...



Final. Inilah harga yang terpaksa dibayar untuk melepaskan diri dari menjadi tebusan KWSP. Keseluruhan hampir RM30 ribu dibayar secara ansuran apabila majikan gagal menjelaskan caruman kwsp pekerja, walaupun kita hanya sebagai pengarah proksi, akta kwsp tidak akan melepaskan anda. Nasihat kepada anda diluar sana, janganlah meminjamkan nama kepada sesiapa, melainkan anda sendiri berperanan dan aktif di syarikat tersebut.


Meraikan kebebasan itu, pertamanya kami akan meronda  Siam berkereta dalam Ogos atau September..teruja keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran dari KWSP. Walaupun sebelum ini tidak dihalang untuk ke luarnegara bersandarkan alasan- alasa tertentu tapi tak akan sama perasaan bebas dan terbelenggu.


Bagaikan orang yang kemaruk bebas, bulan November kami akan ke Jepun selama 2 minggu, mengikuti rakan yang dulunya belajar di sana. Ketika itu musim dingin baru bermula. Bila ada yang membawa di negara yang bahasa dan tulisan serba asing, rugi menolak pelawaan rakan tersebut..Kami akan ber Campervan.

Kebun..?  He he kita tinggalkan dulu.








Thursday, August 17, 2023

Taman Bandar Elmina Shah Alam....

Meneruskan rutin beriadah mingguan khamis kami ke Taman Bandar Elmina Shah Alam.

Dah banyak kawasan rekreasi yang kami lawati, yang ini serius lawa.  Kunjungan terdahulu diperingkat awal pembukaan masih tidak secantik ini, kini pokok-pokok telah dewasa dan merimbun, jejambat pejalan kaki telah siap menghubungkan tasik  barat dan timur. Terdapat pilihan trek berjogging yang panjang mengelilingi tasik, cuma kawasan rekreasi timur masih lagi diperingkat pembinaan bersesekali dengan pusat komersil. Jika pusat beli belah yang dibina menghadap tasik telah siap, nescaya akan menjadi pilihan pengunjung beriadah dihujung minggu sambil melepak disana.




Kebun komuniti juga terdapat disini, cuma pokok-pokok tidak begitu menjadi..



Tasik takungan tebatan banjir dimanfaatkan sebagai kawasan rekreasi..











Pusat komersil menghadap tasik sedang rancak dibina..





 



Tak sangka rupanya berdekatan dengan mercutanda ini berlaku kejadian pesawat ringan terhempas  2.45ptg hari yang sama mengorbankan 10 nyawa..


Innalillihi wainnailaihi rojiun dan salam takziah kepada mangsa...

Wednesday, August 16, 2023

Chainsaw...


Tak sia-sia bawa pembantu gigih. Sebelum ini rantai chainsaw ni macam pakai buang, walaupun rantai baru, 4,5 kali guna dah tak tajam., pernah mengasah tapi tak jadi., berapi-api mengunakan mesin tumpul untuk menumbangkan pokok.

Bila pembantu yang asah, ternyata rantai mesin kembali tajam., selamat Rm55 setiap kali menukar rantai baru. Kerja menjadi lebih  seronok memanfaatkan chainsaw tajam di kebun. Mana-mana pokok yang menghalang cahaya terhadap pokok yang ditanam mudah saja ditebang.


Setiap pembantu mempunyai keunikan perangai... pembantu yang ini sangat suka bermain dengan mesin..Potong rumput dan tebang pokok serah pada beliau. Cuma biasanya tebang sepokok seterusnya dikumpul untuk dibakar..Pembantu ini tebang saja suka, tapi apa yang ditebang ditinggal begitu saja, pokok yang ditebang jika dibiar tak dikumpul, kawasan itu sukar untuk dibersihkan pada masa akan datang, begitu juga dengan mencangkul, pikul memikul, menanam pokok dia tak suka. Berbeza dengan pembantu lain, cuma tak berbaloi membawa ramai sangat pembantu sebab aktiviti dikebun dah tak banyak.

Tapi oklah biarkan pembantu membuat apa yang disukai. Kita tutup apa yang tidak disukai, lebih lagi fasa kebun ketika ini lebih kepada menambah baik selain memastikan kebun bersih dan rumput sentiasa berpotong..leceh juga kalau pembantu tak suka menggunakan mesin rumput.. Bukan senang woo memotong rumput dicerun bukit..

Jom jom berkebun...






Friday, August 11, 2023

Atv Kebun...

Keputusan membeli atv dulu mengenangkan ketiadaan akses cantik ke kebun. Atv boleh menggunakan akses berliku pejalan kaki/motor dengan sedikit pelebaran laluan, berbanding akses 4wd yang perlu membuat laluan baru lebih landai dan lebar.

Sementara menunggu ATV siap, beberapa bulan  menggunakan motor kebun, menghadapi kesukaran membawa naik peralatan dan barangan lain sehingga akses 4wd terpaksa juga dibina. Jika bergantung harap ke ATV saja, tak tau dimana nak disimpan atv sekembalinya turun dari kebun.

Siapnya akses baru 4wd, tiada keperluan meneruskan pembelian  atv, disamping bermasalah menyimpan atv dikebun , saiz kebun  tak begitu luas, kurang berbaloi menggunakan atv.

Penjual bersetuju mencarikan pembeli baru dan wang pendahuluan akan dikembalikan.



Hampir setahun lebih juga disiapkan kerana musim pkp sukar mendapatkan alatganti atv. Memasuki tahun ke 2 tempahan, atv  yang telah disiapkan masih tersadai. Pembeli baru yang dikatakan berminat dari sehari ke sehari bertangguh membuat bayaran. Walaupun penjual bersedia mengembalikan wang pendahuluan tanpa menuggu wang dari bakal pembeli baru, dengan masalah yang beliau hadapi kini, tak nampak tanda cahaya bakal kelihatan dipenghujung terowong.

 Daripada duit terpendam  dan atv terus reput,  atv terpaksa diambil juga.  Keseluruhan harga belian atv dan kargo berjumlah 9 ribu masih belum dilunaskan, tapi 5 ribu yang telah dibayar sudah memadai untuk mengambil atv dulu..kargo biarlah dulu sehingga duit dilunaskan. Penjual bersetuju dengan cadangan ini.



Dengan adanya Atv kebun, teres teres laluan  nampaknya kena dibuat. Boleh lah disekalikan dengan perancangan asal membina teres sehingga mudah memotong rumput dengan mesin. Atv dah ada mesin rumput boleh dibeli  tanpa memerlukan gear, boleh tarik saja menggunakan atv..

Biarpun kebun sekangkang kera, gaya mau seperti ladang.. hehe


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK