click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, April 5, 2026

Europe26- Frankfurt 3H2M


Sabtu trip ke Frankfurt..Tempahan hotel telah dibuat 2 malam...Destinasi sesudah Frankfurt  belum ditentukan, bergantung kepada situasi semasa..





Kami menaiki tren biasa. Tren laju ICE tak termasuk dalam pakej  pas bulanan. Untuk ke Frankfurt mengambil masa 2jam berbanding tren biasa 3-4jam , tak termasuk kelewatan.. Harga tiket ICE pasti lebih mahal..Membandingkan kecepatan, tiada berbeza tersangat lama, setiap tren menggunakan trek yang sama hanya kekerapan singgahan  berbeza.



Laluan destinasi  kami perlu bertukar tren di beberapa stesen.

Jika  bukan di waktu puncak tren biasa sudah cukup selesa. Taklah takut meminum banyak air sebab tandas ada..Di Jerman atau eropah tandas awam selain berbayar, tersangatlah susah nak cari..musim dingin kurang  berbau  berbanding musim panas  hancing dilorong lorong celah bangunan.


Perlu memeriksa  tren berikutnya selain platform..Perubahan ini dinyatakan di paparan digital stesen atau apps DB yang telah dimuat turun...boleh juga menaiki tren lain yang melalui destinasi sama.. 


Tren Jerman walau ICE sekalipun  tiada seat khas kepada pemegang tiket...selagi ada ruang, penumpang tetap boleh bersesak masuk..hanya jarang berlaku di ICE. Biarpun kekerapan tren banyak, ketika waktu puncak kesesakan tetap serupa..

Biarpun jauh berjam selagi tiada seat terpaksalah  berdiri. 





Tiba juga di Haupbahnhof Frankfurt. 







Bandar bandar eropah tak dapat lari dari gelandangan..


Bab makan jangan bimbang..Keluar saja stesen kedapatan banyak restoran halal..Boleh mencuba pelbagai menu halal dari pelbagai negara..



Lari dari kebiasaan menu Turki, harini merasai masakan Thai. Cuma rasa di negara orang, janganlah dibandingkan dengan rasa negara asal..

Balik beli bekal briyani di restoran Afghan pula.


Nasi itik ala Thai..







Menuju hotel 10 minit menaiki tren.. Penginapan kami kurang 3km dari pusat bandar Frankfurt..

Esok saja meronda sana..

Saturday, April 4, 2026

Europe 26-Masjid Duisburg..

Perancangan asal sesudah Munster kami ke Frankfurt bersama anak. Di Jerman sedang bercuti easter. Atas sebab tertentu trip ditangguhkan sehari. Ini bagusnya trip DIY, itinirari boleh dipinda disaat akhir.

Memanfaatkan pas bulanan, solat jumaat di Masjid Duisburg, masjid luar kariah berjarak 30km lebih..Kalau biasa berjalan kaki harini menaiki tren sendirian. Membiasakan lagi dengan sistem pengangkutan awam.


Masjid Duisburg pernah menjadi masjid terbesar Jerman sebelum dipintas Masjid Cologne. Penampilan luaran dan dalaman  sebiji masjid-masjid di Turki. Dikhabarkan sebahagian besar kos pembinaan dibiayai kerajaan Turki..





Cuti umum tren sesak. Tren ekspres dua tingkat..Jika tren sesak boleh menyemak apps DB untuk mengetahui tren lain. Tren  banyak 


Pas bulanan tidak termasuk pakej tren laju Jerman ICE. Keselesaan tren biasa pun baik cuma lebih sesak dan lebih kerap berhenti di setiap stesen.

Masjid Duisburg...




Kehadiran awal jemaah sambil mendengar tazkirah pra khutbah jumaat.


 Kehadiran jemaah Solat  Jumaat semakin sesak...


Uniknya maajid- masjid di sini Pak Bilal berada di sudut belakang masjid..



Jemaah melimpah sehingga luar masjid...







Pergi balik nampaknya mudah..Ringankan mulut bertanya orang untuk melancarkan lagi perjalanan., biarpun tak ramai boleh berbahasa Inggeris, bahasa isyarat pun boleh ..

Perjalanan antara daerah menaiki tren..di dalam bandar menaiki tram ataupun bas bandar. 

Jadual perjalanan tram di platform berkaitan.



Dalam perjalanan balik tram bandar kami rosak..



Sistem terbuka keluar masuk tren membolehkan penumpang menaiki tren tanpa tiket, namun bersedia ditangkap dengan inspektor tiket...


Jaringan tren Jerman. Bandar-bandar kecil turut memiliki jaringan tram yang baik. Untuk memudahkan urusan perjalanan, muat turun applikasi pengangkutan awam DB, disini boleh membeli tiket secara online serta mengetahui jadual perjalanan ke setiap destinasi.



Contoh Apps DB

Europe 26-Munster

April, tiba masa meronda Jerman menggunakan pas bulanan.  

Memberanikan diri  meronda berdua ke Munster, destinasi berjarak 70km tanpa ditemani anak. Bila mempunyai tiket tanpa had kita tak bimbang, jika tersesat boleh mencuba lagi biarpun mengulangi pelbagai laluan  berulang kali.



Sistem pengangkutan awam Jerman mudah dipelajari..Stesen pengangkutan awam bandar utama atau dikenali disini sebagai Haupbahnhof, kebiasaannya  3 tingkat bersepadu menghubungkan  semua mode pengangkutan awam .

Tingkat atas menghubungkan tren antara bandar / daerah maupun negeri berkaitan,  aras tanah menempatkan stesen bas manakala bawah tanah untuk tren/ tram dalam bandar. 

Peta laluan manual dan digital dipaparkan di stesen, selain boleh diperolehi melalui sistem aplikasi dalam talian yang dimuat turun ke dalam phone. Setiap destinasi pilihan  akan dicadangkan laluan, mode pengangkutan berserta jadual perjalanan.


Jadual kenderaan awam, tidak selalui tepat, boleh sering kali mengalami kelewatan... Adakala terpaksa  menukar beberapa kali tren/bas sebelum tiba ke destinasi..Selain halangan sepanjang laluan, berlaku juga kerosakan  atau pekerja pula sering mogok. 

Beginilah yang berlaku ketika kami ke Munster. Pengumuman pula didalam bahasa Jerman, jadi untuk orang luar memang mencabar..

Secara keseluruhan sistem pengangkutan awam Jerman adalah sangat bagus selain meluas di seluruh negara. Tidak hairanlah  tiada kesesakan di pusat-pusat bandar kerana pengangkutan awam menjadi pilihan penduduk. 







 

Pusat Islam Munster bersesekali dengan masjid bersebelahan saja dengan  Houpbahnhof Munster.

 Setelah melawat beberapa destinasi Jerman, diakui Jerman memang cantik. Kecantikannya standard biarpun diceruk mana sekalipun. Kecantikan bandar Munster menepati apa yang dibayangkan, penampilannya lebih kurang  sama saja dengan destinasi lain terdahulu.





CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK