click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, January 12, 2014

Elok juga cermin-cermin diri sendiri...

Dua artikel bacaan pagi ni memberi kesan kat aku, langsung menulis untuk peringatan diri sendiri dalam masa sama mungkin boleh dikongsi kepada sesiapa yng terjengok blog ini. Artikel pertama yang aku perolehi dari rakan WA aku salin disini. Artikel ini mungkin telah banyak kali para pembaca membacanya, tapi tak kesahlah, kekadang sesuatu perkara jika ingin terkesan secara mendalam dalam hati perlu diingatkan berulang-ulang kali.

RENUNGAN BERSAMA...

1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok." Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?" Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima. Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya. HATI menentukan FIKIRAN.FIKIRAN menentukanPERKATAAN & PERBUATAN. 2 hal paling baik di atas kebaikan :■ Sangka baik kepada Allah■ Sangka baik kepada Hamba Allah

 .

Artikel kedua yang aku baca aku perolehi dari akhbar Mingguan Malaysia..He he kawan aku di pihak sebelah sana mesti sinis dengan aku. Pantang benar jika sumber berita dari sini dirujuk. Padahal mereka juga yang bercakap cuba buka minda. Sepatutnya berita dari pelbagai sumber boleh saja dibaca. Gunalah kebijaksanaan   untuk mencerna berita yang diterima.

Aku sangat bersetuju dengan penulis dalam artikel '  Cita rasa Rakyat dan Perangai Kerajaan'  . Kita asyik komplen..komplen dan komplen sedangkan ramai warga luar yang kaya raya dengan limpahan kekayaan negara ini. Kebetulan pagi ini bini aku   pulang menghadiri majlis kahwin warga  Indonesia  menceritakan  sewaan pelamin saja mencecah 2500 sehari. Berapa ramai warga asing  yang mampu hidup mewah sekembalinya ke tanah air mereka hasil mencari rezeki di sini..


Dua artikel di atas cukup memberi kesan kat  aku..Perubahan hendaklah bermula dari diri sendiri. Sekadar melalak menyalahkan orang lain tiada guna...


4 comments:

  1. tengok sampai habis bro....janang nak salahkan pembangkan jer...

    http://youtu.be/AYZHCwT5Ouc

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes bro aku dah tengok sampai habis..ini yang aku musykil Kenapa apabila pihak yang menentang sekarang dari pihak sebelah sini , pihak sebelah sana seolah menyepikan diri, kenapa tidak bangun bersama2..kenapa perli-perli pulak walhal ramai pihak disebelah sana ramai juga yang menentang termasuk tokoh-tokoh hebat mereka. Kenapa tak diambil peluang bersama-sama membetulkan kesilapan terdahulu...Penyokong tegar pembangkang seolah sudah dipogramkan seperti robot menurut saja apa yang orang atas katakan.dan menuruti seperti burung kakatua...demi apa ? demi ABU..

      Delete
    2. Bro, lu jangan anggap orang yang tak sokong UMNO adalah penentang kerajaan. Gua boleh sokong UMNO hari kalau UMNO istihar akan melaksanan Hukum Hudud, iaitu Hukum Al-quran, sebagaimana Sultan Brunei buat. Tapi 56 tahun memerintah, hukum Islam tak dilaksanakan, yang ada hanya si tamak haloba membolot harta rakyat dengan rakus......

      Delete
  2. Sudah tak kasi orang komen ker bro......sama lah bro, kalau hati dah benci, semua apa yang PR buat semua tak betul......semua tak kena....

    Macam giat mara tu....lu main hentam saja tanpa usul periksa...sama macam macai UMNO.....Lu pernah ker pergi tengok bangunan giat mara......tak layak dipanggil puast latihan bro.....buat cuma melepaskan batuk di tangga, macam mana orang kita dapat belajar dengan selesa memang patut pun diarah tutup.....

    kalau nak ikut banyak sangat kepincangan UMNO nih....cuma lu tak nampak jer....sebab hati dah sayang.....lu cakap nak hudud, nak hkum Allah...tapi tangan pangkah dacing bro.....cakap tak serupa bikin....Tapi ye lah, bukan senang nak sedarkan orang....nabi SAW dulu pun bersusah payah menegakkan Islam...ada jugak orang seperti Abu Jahal yang tak nak kan Islam......

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK