click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, December 18, 2020

Santuari Burung Kuala Gula, Perak..


Seperti biasa jika ke utara, pitstop pertama adalah Restoran Nasi Bamboo Sg Klah Sungkai. Kedudukannya yang tidak jauh dari Plaza Tol Sungkai memudahkan singgahan. Hidangan pelbagai, memenuhi selera dengan harga berpatutan. Walaupun hari biasa pengunjung tetap ramai. Tidak keterlaluan kalau dikatakan tempat makan-makan paling meriah di Perak.

Santuari burung Kuala Gula Perak destinasi berikutnya. Berkobar kobar ingin berkunjung ke sana, menjangkakan banyak burung-burung bermigrasi dari kawasan hemisfera utara yang mengalami musim sejuk ke kawasan hemisfera selatan yang bermusim panas.

Ini yang leceh jika pergi hanya berpandukan papan tanda jalanan...Gah dipapan tanda tapi haprak dilokasi. Google map memberi indikasi telah tiba di destinasi tapi seperti tiada apa pun disana. Dimana santuari burungnya.? Kami dibawa ke Bangunan Perhilitan Kuala Gula. Bertanyakan penduduk tempatan, diberitahu lokasi santuari sebenar perlu menaiki bot lagi..ermm

Lokasi yang dinyatakan digoogle map pernah kami kunjungi dulu. Disini terdapat chalet chalet yang dibina di gigi sungai. Mungkin sebahagian prasarana santuari burung. Keadaannya kelihatan uzur seperti sudah tidak beroperasi. Milik kerajaan negeri barangkali. Konsep binaan keseluruhan cantik tapi sayang tidak mampu untuk terus hidup mungkin kos yang dijana dari penginapan tidak mampu menampung kos operasi.

Lokasinya bersebelahan saja dengan restoran terapung yang popular dengan sotong lembut goreng tepung., selain ikan sembilang masak kari.





Restoran terapong berlatarbelakangkan chalet...



Restoran terapong ni buruk saja tapi pengunjung ramai... Katalah restoran ini di bina sempurna dan cantik rasanya pengunjung kurang datang kerana mentaliti pelik masyarakat berpendapat yang buruk pasti murah.




Dah alang-alang sampai di restoran terapong maka makanlah lagi., walaupun sendat perut makan di restoran bambo tadi masih terasa..Hidangan kali ini mee udang dan sembilang masak kari.

Nak tengok burung migrasi  kecewa, destinasi berikutnya diharap dapat mengubat kehampaan..Cucu Inn Kuala Kurau...Dah lama tak bertemu si kecik...Harap harap masih kenal lah...hehe





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK