Friday, May 7, 2021

Kiosk Gunting Bas Mini...


1hb Mei 2021 bermulalah episod kiosk gunting bas mini beroperasi di lokasi baru..

Mengambil kesempatan beroperasi ditengah-tengah kesibukan orangramai membuat persiapan berhari raya. Pengenalan yang sedikit mudah kerana selalunya dalam tempoh ini orang ramai akan tercari-cari kedai gunting untuk berdandan rambut raya.

Ditambah dengan keunikan kiosk dan lokasi di simpang 3 yang sibuk, agak pelik jika orang ramai tidak menyedari kehadirannya.



Namun begitu, setelah hampir seminggu beroperasi, masih ada yang tercari cari kios gunting walaupun telah tiba dilokasi. Biarpun terpampang jelas stiker keliling bas, mereka memberi respond tidak menyangka bas boleh dijadikan kiosk gunting rambut.

Yea orang ramai masih belum terbiasa kerana tidak ramai orang mengusahakan cara ini.



Daripada kenderaan lama tersadai memenuhi depot -depot, kenderaan tersebut boleh dimanfaatkan dengan membuka kiosk berniaga kecilan. Yang paling penting keterampilan luar dan dalam kiosk mesti dijaga supaya tidak
menyemakkan pemandangan persekitaran.


Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu lebih terbuka menerima idea- idea seperti ini.


Sambutan Alhamdulillah. Sebagaimana dijangka seorang tukang gunting tidak sanggup melayan pelanggan yang ramai berkunjung. Penat berdiri katanya. Perlukan seorang lagi untuk memberi khidmat terbaik.

Mengikut pengalaman, 2 orang tukang gunting juga sebenarnya tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan apatah lagi jika tukang gunting itu disukai.

Namun berdasarkan pengalaman juga, penulis tiada hasrat menempatkan lebih dari 2 orang dalam sesatu premis. Pelanggan setia selalunya akan menunggu atau membuat tempahan terlebih dahulu.


Setelah kanvas kuning bertiang merah dipasang nanti...wah wah walaupun lama, harap pelanggan tetap sabar menunggu...

4 comments:

  1. salam kang.. mukin kene letak penanda international lampu merah biru yg berpusing tuu kat depn bas baru org tau tu kedai gunting rambut... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada wak..pasang dah kat pintu tu..punyalah terang guna lampu LED, org tua terutamanya masih tercari cari

      Delete
  2. Orang ramai masih takut nak ke kedai guntung rambut time PKP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk raya ni berpusu pusu juga org bergunting walaupun pkp wak. Kami hadkan hanya 3 orang boleh berada didalam kedai.

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK