Kedai maya itu ibarat aliran air sungai, nampak tenang di permukaan, sangat deras di dasar.
Kedai dibuka 24 jam., itu yang menjadikannya berhantu, boleh membeli sambil berbaring., dengan satu klik dihujung jari, duit berpindah akaun tanpa sayang berbanding jika membeli di kedai fizikal.
Misi melengkapkan peralatan camperKembara diteruskan ...
Membeli penyangkut khemah sisi Rm23 termasuk pos.
Penyangkut vakum ini dilekatkan dibumbung kenderaan dan khemah boleh terus disangkut dipenyangkuk yang disediakan. Mudah, pantas dan kemas.
Tilam bersaiz 190cm x 150cm x 6cm. Sedikit lebar berbanding 120cm kelebaran lantai tapi tilam sangat fleksibel untuk dilipat ke dinding.
Setakat untuk berhealing, tak perlu mahal- mahal...guna saja apa yang ada...
Sebelum ini menggunakan tilam bujang sediada kelebaran 90cm, hanya selesa untuk tidur seorang. Tilam kekabu dipadankan dengan topper ukuran 190 x 120 x 3 supaya susunan lebih kemas dan mantap.
Tambah semangat melengkapkan camperKembara bila cucu- cucu sangat suka. Masing-masing cakap I like it...
Jomlah bercamping...
bukan cucu je yang suka kalau saya pun likeeeeeee
ReplyDelete