Lawatan ke kebun rakan- rakan dapat memberi motivasi untuk memajukan kebun sendiri. Jika sebelum ini melawat kebun rakan setaman di Puncak Gesir, Hulu Selangor, bersempadanan dengan Behrang, Perak, lawatan harini ke kebun rakan sekolah di Kg Serigala, Hulu Bernam Selangor. Jarak keduanya tidak jauh.
Di puncak kebun didirikan rumah hinggap bersekali dengan tempat melepak ala ala cafe.
Pemandangan puncak dilatari pemandangan Banjaran Titiwangsa, mampu memberi ketenangan setelah seharian berkebun.
Infra yang penulis ingin bina dikebun tetapi sering tertangguh, lawatan ini memberi inspirasi supaya segera memasang pagar elektrik supaya masa tidak terbuang menyulam pokok pokok. Selain kos, tersangat rugi menunggu pokok membesar kemudian termusnah lagi .
Pokok avocado pelbagai varieti banyak ditanam dikebun ini...kebanyakannya ditanam dari biji dan dikahwinkan setelah mencapai tumbesaran tertentu.
Pokok avacado yang telah berbuah sedang dirisik untuk dijadikan pucuk benih pokok avacado yang penulis tanam dari biji di kebun.
Fuh pemandangan yang ohsem.. Dalam waktu terdekat penulis ingin mencuba tidur di Puncak Serigala setelah CamperKembara siap sepenuhnya.
Ketika ini sedang menanti peralatan AC dan tilam yang dibeli secara online.
AC yang cuba dibina sendiri menggunakan ketulan ais yang di simpan di cooler box. Harapnya berjaya menyejukkan kabin sehingga 5-7jam.
Tilam bersaiz 1.2m x 2.0m ketebalan 60mm dan alas tilam, berketebalan 50- 70mm juga telah dibeli pada harga keseluruhan tidak lebih RM 200...perlu dibuat sedikit modifikasi untuk disesuaikan dengan bentuk kabin Kembara.
Beli online lebih murah berbanding tempah di kedai, tilam 1.7m x 1.2m ketebalan 70mm berharga Rm680...giler..
CamperKembara turut dilengkapi dengan kipas mini berkuasa bateri.
Indahnya pemandangan kebun di puncak bukit
ReplyDeleteHehe memang best melepak dipuncak, angin pun agak nyaman..
ReplyDeletewah bestnya kebun di puncak. cantik sungguh.
ReplyDelete