click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, January 21, 2024

Motorhome Malaysia...



Campervan, campercar atau motorhome kini mulai mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Banyak campsite mula menyediakan prasarana untuk kehadiran mereka. 

Di eropah bermotorhome adalah gayahidup, bahkan sebahagian mereka bagaikan nomad tinggal sepenuh masa dimotorhome, sebab itu motorhome mereka lengkap sebagaimana rumah dan rekabentuk pula cantik-cantik. Ramai yang memilih cara ini sebab lebih murah berbanding memiliki rumah yang tersangat mahal. 

Di Jepun bermotorhome tidak sehebat eropah, ramai yang memilih bercampervan/campercar, unit-unit motorhome terpakai Jepun tidak secantik unit- unit eropah. 

Unit-unit terpakai dibawa masuk ke Malaysia untuk memenuhi minat orang Malaysia. Unit terpakai usia belasan tahun samada eropah maupun Jepun masih berharga ratusan ribu apatah lagi unit-unit baru.


Secara peribadi trend memiliki campervan atau motorhome tidak perlu diikuti secara sembrono, banyak kelengkapan motorhome terlalu berlebih-lebihan. Lainlah  jika ingin mengembara seantero dunia, kelengkapan itu mungkin diperlukan. Setakat berhealing dalam negara, apa perlu berhabisan untuk kabinet, dapur, tandas di dalam kenderaan. Menonton di utube ada yang sanggup berhabisan lebih 60ribu untuk campervan atau motorhome mini.

Cuaca kita bukan sebagaimana negara empat musim dengan kesejukan melampau, semua aktiviti terpaksa dibuat didalam kenderaan. Bukankah memasak diluar lebih mudah dan selesa. Walaupun ada cairan nyahbau untuk tandas, urusan membuang kotoran bukan semua orang sanggup melakukannya. Percayalah, ruangan tandas ini akan dikunci...


Semangat bermotorhome pun ada masa turun dan naik, tiada yang saban minggu atau bulan sanggup bergelandangan di merata tempat. Jika duit dibazirkan begitu saja dikhuatiri pancit ditengahjalan dan motorhome tersadai begitu saja kerana kehabisan semangat dan modal. Lainlah anda seorang yang super kaya. Peminat Campervan atau motorhome tak ramai, penggunaan mereka adalah terhad jadi sangat sukar menjual semula unit-unit yang telah dibeli. 


Daripada berhabisan untuk kelengkapan yang tidak perlu, lebih baik DIY kenderaan sediada yang disesuaikan dengan keperluan sendiri, macam penulis buat, syok juga bercamping. Cuma janganlah join grup  motorhome ratusan ribu, pedih telinga nanti menjawab soalan- soalan nakal. 




CamperKembara diy tak sampai pun harga Rm1500, paling mahal nanti adalah power station harga dlm 500-1000. Tanpa AC diy, powerstation  tak diperlukan, kelengkapan lain menggunakan bateri boleh recaj. Kembara pula tetap boleh dipakai untuk kegunaan lain seperti  ke kebun dll.  Sebaik kembali dari kebun, Kembara akan dibersihkan..sebelum ini peralatan kebun, ditinggalkan begitu saja...

Jika percubaan sesuai dan berjaya baru boleh upgrade ke kenderaan keluarga lain. Kalaupun semangat bercamping turun nanti, taklah ralat berhabisan duit..

2 comments:

  1. tilam macam tu tebal memang syiok le tidur dalam camperkembara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tebal ok cuma agak berat..nk tukar dgn yg lebih ringan. Bila bercamping serba serbi mau yg senang dan mudah..

      Delete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK