click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 31, 2026

Sabah 2026- Sabah Tea & Poring Hotspring



Ladang Sabah Tea tak sebesar dan seindah ladang teh Cameron Highland. 



Terdapat Cafe juga kedai menjual produk teh dan cenderahati.


Replika teko untuk pengunjung mengantung padlock..Idea yang unik

Kolam Air Panas Poring, Ranau

Kolam air panas terbesar Sabah..Ianya termasuk dalam senarai tapak unesco bersama Gunung Kinabalu. 




Air sungai gunung yang melintasi kawasan air panas.


Kemudahan kolam mandi air biasa..
 

Punca mataair utama bermula di sini..Aliran kuat dan bau belerang juga agak kuat. Kepanasan air 9-8/10..
Memang tak sanggup berendam terus didalam kolam..




Kolam mandi disediakan  paip air sejuk dan panas untuk mendapatkan suhu selesa. Caj mandi Rm10 tambahan dari tiket masuk kawasan air kolam juga Rm10


Jika sekadar berendam kaki tiada caj tambahan selain tiket masuk.

Walaupun ada ruang untuk penambahbaikan, secara peribadi sangat menyukai kolam air panas ini,, dalam banyak-banyak singgahan, kolam air panas ini satu satunya tarikan pelancong Sabah menepati piawaian untuk kunjungan pelancong luar negara.

Masjid Ranau.

Masjid serba baru lagi moden. 




Setelah nengelilingi hampir separuh Sabah, boleh dikatakan masjid-masjid di Sabah hidup dengan aktiviti keagamaan..tidak jauh beza dengan masjid masjid semenanjung.

Friday, January 30, 2026

Sabah 2026-Tagal Luanti & Air Panas Ranau



Malam ke 4 menginap di apartmen di Sandakan, berhampiran dengan rumah air. Melihat kepada apartmen- apartmen baru sedang dibina, tak sangka Sandakan turut menerima permintaan banyak penempatan baru..
 

Rumah air sebagaimana di KK, Semporna dan kini Sandakan merupakan penempatan lama, infrastruktur dhaif, kebersihan terabai..

Pasar Awam Sandakan..







Membeli ole ole makanan laut terutamanya bilis dan udang kering... Pembelian di Tawau tidak mencukupi, ada yang mengirim.






 



Sesudah itu pusing-pusing bandar Sandakan.
Menuju Restoran sarapan pagi di puncak bukit berlatarbelakangkan bandar Sandakan...



Laluan Sandakan-Ranau-Kundasang juga termasuk dalam jajaran projek Lebuhraya PanBorneo. Ternyata tepat mengelilingi Sabah secara anti pusingan jam,  laluan sebelah sini lebih baik..


Makan durian dan membeli buahan untuk santapan dalam kereta...Manggis 10 kilo Rm20

Singgahan  berikutnya Tagal Luanti, Ranau. Terapi urut kaki dalam sungai...




































 

Wednesday, January 28, 2026

Sabah 2026- Puncak Kayangan dan Lembah Danom





Hari ke 4 teruskan ronda-ronda ke Sandakan. 








Banyak seksyen laluan antara Semporna-Sandakan sedang dinaiktaraf.. Ini merupakan sebahagian laluan Lebuhraya PanBorneo. Jika siap kelak bermakna keseluruhan Sabah selatan, barat, utara dan timur bakal menikmati jaringan lebuhraya yang moden.



Dalam perjalanan, sebelum Lahad Datu menyinggah ke Puncak Menara Kayangan. Untuk ke Puncak dikenakan bayaran Rm5 seorang. 





Puncak Kayangan berlatarbelakangkan Lembah Danum...


Menara kayangan di Puncak Gunung Silam




Makan tengahari di Lahad Datu, sesudah Puncak Kayangan..


Solat di Masjid Lahad Datu..


Beginilah keadaan wargaemas bila berjalan..masuk kereta jer masing-masing layu bijimata.

Sebelum jam 5ptg telah tiba di Sandakan.






Makan malam Sandakan di Sandokan Seafood. Tahu tempat ini melalui Utube, pemilik muslim..Harga sedikit premium, makan berlima RM305.. Makanan enak. Yang menjadikan mahal ikan kerapu berat sekilo harga Rm150+

Malam ke 4 bermalam di Aurora Homestay Sandakan..Harga satu mlm dalam Rm270.

Sabah 2026-Tawau




Malam ke 2, bermalam di Keningau, bila datang berlima penginapan terarah ke homestay, boleh berkumpul ramai-ramai dan murah.

Maklum perjalanan hari ke 3 lebih mencabar, sesudah subuh terus meneruskan perjalanan. jika berkesempatan akan menuju ke Semporna, hanya tempat penginapan tidak ditempah dahulu,   bimbang seandainya mengubah fikiran disaat akhir.



Di Sabah penduduk bukan islam ramai, sepanjang jalan mudah mendapati gereja berserta menara lambang salib. Mencari  tempat makan sedikit mencabar. 


Sarapan pagi singgah di pekan kecil Nabawan. Sekadar mengalas perut, bersarapan pisang goreng...harga tersangat murah 5 hiris pisang berharga seringgit. Selonggok makan berlima Rm5 



Ketika meronda pekan Nabawan, kelihatan pekebun sedang menolak hasil durian ke peraih

Spesis durian kampong, segar  dari kebun berisi tebal dijual pada harga Rm4 sekilo. Tiga biji durian hanya berharga Rm20, sangat sangat berbaloi



Makan tengahari di Kalabakan, uniknya Sabah setiap hidangan akan disertakan kuah sup. Menu dan rasa menepati selera.

Bersolat dan menyelesaikan hajat di masjid. Selain jalan, air juga sering bermasalah di Sabah, Tiada lagi bekalan air sempuna, masih mengharapkan juga tadahan  air hujan.




Beginilah keadaan jalan hampir sepanjang jalan ke Tawau.  Tak sangka ditahun 2026 ada jalan masih berkeadaan begini. walaupun jalan teruk, masih terdapat kontraktor pembersihan kiri kanan jalan...Persoalannya kenapa, seolah tiada langsung  inisiatif untuk membaiki dan menurap semula jalan. Mungkinkan  trafik tak cukup banyak atau mereka menunggu sekali bajet Hiway Pan Borneo..

Setelah lebih 6 jam tiba di Tawau. Terasa seperti baru keluar dari hutan melihat perbezaan pembangunan di Tawau berbanding kemajuan di sepanjang perjalanan tadi. 





Singgah di pasar Tanjung, Tawau yang bersesekali dengan bangunan UTC. Di tingkat 2 terkenal dengan produk makanan laut  seperti bilis dll..Bilis popular mata biru sekitar harga Rm55 sekilo..Janji jangan balik  tangan kosong, beli lah juga sepeket dua..

Meronda bandar Tawau lebih kurang seterusnya meneruskan perjalanan ke Semporna sekitar 7mlm. Dapat merasai suasana tempat baru itu sudah satu kepuasan...Tipikal bandar-bandar di Sabah tiada perbezaan begitu ketara.

Untuk ke Semporna  mengambil masa dalam sejam setengah lagi. Jika memandu berseorangan nescaya mencari saja penginapan di Tawau..tak sanggup menghadapi kemungkinan jalan  teruk  ke Semporna. Beramai- ramai boleh bergilir memandu.




Perjalanan ke Semporna ok..jalan baik walaupun ada juga yang teruk namun jauh lebih baik dari jalan sebelum ini.



Malam menginap di homestay koperasi surau. Harga dalm Rm150 saja satu malam..Bila badan letih ermm tak lamaa..Berlayar

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK