click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, April 10, 2026

Europe26- Luxembourg D2

Petang hari ke 2 meneruskan rondaan persekitaran Luxembourg  yang tak sempat dikunjungi disebelah pagi. 

Lokasi menarik cadangan internet taklah jauh antara satu sama lain,  dek kerana kawasan sini berbukit bukau boleh memilih berjalan kaki turun naik bertangga atau menaiki kenderaan awam.






Di Luxembourg selain tangga atau ramp turut disediakan lift di beberapa lokasi untuk memudahkan orangramai mengambil jalan pintas ke bandar-bandar yang berada di lembah. 








Platform lift tebing tinggi turut dijadikan menara tinjau untuk menikmati panorama persekitaran.

Jambatan jadi penghubung antara dua puncak.


Ketika ini musim dingin berada dipenghujung musim. Malam-pagi suhu masih dibawah 10, menginjak petang suhu mula meningkat sehingga ke 17 deg.. Warga tempatan bersidai di taman- taman awam..



 
Bunga-bungaan mula mengambang...
















Penat berjalan kita boleh menaiki kenderaan awam..Percuma.






Bermusafir sangat dianjurkan oleh agama..Quran banyak menyebut supaya manusia mengembara keseluruh pelusuk bumi untuk melihat kebesaranNya..keindahan alam, ..mengenali kepelbagaian bangsa, budaya, bahasa. Quran juga menganjur melawat kesan kemusnahan, akibat keingkaran manusia  sebagai pengajaran.


Mengakhiri lawatan dengan berkunjung ke pusat islam Luxembourg.  Di eropah pusat islam turut dijadikan masjid..Melihat senaraian internet lebih dari 10 pusat islam boleh didapati di Luxembourg.


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK