click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, November 29, 2026

Tg Bidara & Pengkalan Balak Melaka..

Sabtu meraikan majlis walimatul urus anak rakan di Melaka. 


Sementara menunggu waktu majlis 11pg -4 petang bersarapan dulu bersama rakan Melaka. Capati kari kambing memang mantap..


 

Sebelum balik, berkunjung dulu di Masjid Cina Melaka.. Nampaknya bukan saja di Melaka, ada banyak lagi masjid cina yang menampilkan rekabentuk serupa iaitu di Kota  Bharu, Kelantan,  Ipoh, Perak,  Klang, Selangor juga Pulau Pangkor, Perak..

Sebelum memulakan perjalanan balik, merujuk dulu google map, balik ini seakan serik melalui hiway apatah lagi ketika hujung minggu, kesesakan boleh berlaku biarpun gangguan kecil. Hiway sudah tidak lagi mampu menampung pertambahan bilangan kenderaan.




Walaupun Kembara sudah teruji ketika pergi, kita tidak memberikan harapan tinggi terhadap kenderaan berusia. Mengambil jalan selamat memilih melalui jalan biasa, kenderaan tak banyak, trafik adalah lancar.. serik mengalami trauma tersangkut kesesakan teruk ketika pergi.


Kebetulan pula terbaca laporan tedapat kerja kerja membaik pulih jalan..argh bala jangan dicari..selagi boleh elak. kita elak..


Sambil menyusuri jalan dalam, menyinggah dibeberapa tempat menarik Tg Bidara dan Pengkalan Balak untuk meninjau tempat-tempat bercamping akan datang.

Kini didapati Pengkalan Balak lebih meriah berbanding Tg Bidara sedangkan suatu ketika dahulu Tg Bidara lebih popular. Di Pengkalan Balak terdapat banyak resort resort maupun chalet  di sepanjang pantai.
Jarak Tg Bidara- KLIA tidak pun jauh sekitar 95km saja. 

Dalam pada kita cuba mengelak kesesakan lebuhraya rupanya terkena juga ketika memasuki Lebuhraya Elite sesudah tol plaza Klia. Untuk menyampaikan RnR Dengkil mengambil masa lebih 20 minit. 

Tak mau meredah kesesakan, singgah dulu rumah saudara di Amanputra, Puchong. Jam 9.00 mlm bergerak semula dan alhamdulillah lebuhraya lancar..jam 10 tiba dirumah..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK