Hasrat bercamping di Kebun kawan Hulu Bernam 6 Julai tak kesampaian..Beliau balik Melaka untuk mengambil benih avocado Ahad itu.
Jadi tak dapat mencuba keselesaan set up baru CamperKembara yang diringkaskan.
Set up terbaru tak buang masa memasang rangka tempat tidur, cukup sekadar membaringkan tempat duduk penumpang. Seat belakang sememangnya telah ditanggalkan untuk ruangan kargo jadi tempat perbaringan boleh dapat rata.. Bahagian lompong seat depan letak tong supaya kaki boleh dijulurkan..Untuk tambah keselesaan alas toto dan bantal..Siap
Tak dapat bercamping tetap mengunjungi kebun keesokan hari Isnin 7hb. Rakan kebun menerima tetamu wartawan Media Selangor untuk temuramah berkenaan penananan pokok Avocado.
Sementara menerima tetamu kita meronda dulu kebun..
Avocado boleh berbuah seawal 2 tahun setengah..kurang musuh tanaman, pasaran tinggi..spesis premium harga RM 20-50 sekilo...
Kelebihan pokok avocado lagi buah pahit ketika muda jadi kurang mendapat perhatian monyet.
Rakan kebun turut menjual anak pokok avocado. Sepokok bermula dari Rm90.
Sebagai pekebun yang turut menanam berpuluh pokok durian dan bilangannya tetap menyusut biarpun telah disulam beberapa kali, ternyata benar apa yang dikongsikan. Jadi mana-mana pokok durian yang terbantut tu nampaknya bakal disulam dengan avocado ataupun nangka yang lebih mudah dijaga..
Pokok cempedak pun susah..biarpun berkepung tayar dan jaring, babi tetap menyondol sehingga tercabut maupun patah anak pokok hingga tiada berbaki di kebun..
Kita berkebun bukan sangat untuk berkomersil tapi lebih kepada untuk beraktiviti...Tak perlu buang masa, yang hidup akan terus dibelai yang tak serasi kita ganti..
Susah bila ada binatang b*b* ni....sebb dia suka menyondol....habis pokok rosak
ReplyDelete