Dalam misi memanfaatkan setiap ruang tanah kebun, sepanjang sempadan kebun akan ditanam dengan pokok lemon. . Berbanding limau kasturi, buah lemon lebih mudah dipetik kerana saiz yang besar.. 100 pokok boleh ditanam seandainya setiap tiang dimanfaatkan..Pokok lemon tidak memerlukan ruang yang luas, pokoknya berduri boleh bertindak sebagai pagar juga terhadap haiwan liar. Hanya jarak perlu dipastikan tidak terlalu hampir lalu menyentuh dawai pagar letrik untuk kebocoran arus.
Di sepanjang sempadan masih banyak ruang kosong dan kurang sesuai ditanam dengan pokok tinggi dengan dahan menjulur kerana bakal dijadikan jambatan untuk monyet memasuki kebun walaupun sempadan dilengkapi dengan pagar letrik kelak.
Ternyata pokok lemon mudah disemai..percubaan menyemai dengan mencucuk batang ke tanah polibeg sudah berakar, manakala yang direndam dalam botol sudah bertunas ...Bilangan semaian akan ditambah melalui kaedah ini..
Sebahagian pokok akan disemai dari batang yang diperolehi dari induk kebun rakan Hulu Bernam, sementara yang lain akan dibeli untuk tumbesaran segera..Tak cukup sabar untuk menunggu anak pokok membesar jika bergantung sepenuhnya dari benih yang disemai dari dahan induk...
Biarpun mengambil masa, kalau dimulakan sekarang, pejam celik nanti berhasil juga..sebagaimana nenas ini..Dulu masa mula menanam dari jambul buah, dalam fikiran cuma satu..tanam saja dulu..tanpa sedar kini sudah banyak pokok yang berbuah..
Jom jom berkebun..
lemon sesuai untuk di minum kepada sesiapa yang nak proses diet huhuhuhu
ReplyDeleteSalam bertani
ReplyDelete