Setiap bermula pasti berakhir..27hb April kembali ke tanahair. Perasaan bercampur baur antara berat meninggalkan negara bermusafir dan keperluan untuk pulang semula ke tanahair. Berat meninggalkan anak berseorangan berkelana di tempat orang, berat juga meninggalkan lama keluarga selain urusan lain di tanahair.
Jadual penerbangan balik asal 10.25 pagi namun terdapat kelewatan, pukul 12.00 baru dapat terbang pulang. Kelewatan penerbangan kerana terdapat masalah tayar pesawat, transit hanya cukup-cukup di Istanbul..Kami penumpang terakhir mendaftar di pintu masuk untuk penerbangan lanjut ke Kuala Lumpur. Keesokan hari 28hb, 8.10 pagi tiba di KLIA.
Jika dikira bermula meninggalkan rumah lebih 24 jam baru dapat tiba di tanahair.
Sehari sebelum balik sempat menerima kunjungan anak jiran taman yang kebetulan meronda eropah. Beliau menyambung belajar di Edinburgh, Scotland. Sepanjang ronda-ronda Jerman hampir tiada bertemu dengan orang Malaysia berbanding warga Indonesia..sebaliknya berlaku di UK, disitu jika membaling batu hampir pasti akan terkena kepala orang Malaysia menunjukan ramainya orang Malaysia di UK.
Bandar Bochum yang akan sentiasa menggamit untuk datang lagi di masa hadapan.
Selagi anak masih berkelana di sini, jika diberi rezeki, kesempatan dan sihat, Malaysia- Jerman akan menjadi rutin destinasi di masa akan datang. Hanya tak mau juga berada lama di sana, paling lama sebulan sudah memadai..
Bab makanan langsung tak rasa rindu masakan Malaysia..bahan masakan serba serbi mudah diperolehi di sini hatta tempe dan tauhu..Masakan luar juga menepati selera.
Mujur sebelum kemuncak musim panas telah kembali ke tanahair..ketika itu Isya dan subuh hanya dipisahkan beberapa jam.











Subahanallah..seorang yang selalu melancong ni kan..Malaysia -Jerman..jauhnya
ReplyDelete