click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, November 26, 2022

Inap Dusun Frazer Valley Kuala Kubu Bharu...


Sabtu berpeluang berziarah ke Inap Dusun Frazer Valley Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Pertanian adalah satu perniagaan. Pelbagai aktiviti ekonomi boleh dijana dari kebun, tidak lagi terhad hanya dengan hasil kebun.


Sesiapa yang memiliki  dusun boleh tiru konsep ini, sambil menginap, pengunjung boleh memakan buah-buahan sepuasnya secara percuma, membeli untuk dibawa balik sahaja.

 Pemilik dusun adalah dari keluarga  3Q Equastrian,  pastinya ramai yang kenal penunggang kuda negara dari keluarga Ambak. Dusun lebih 100 ekar, termasuk tasik, keluasan tapak khemah dusun tak melebihi seekar...

Jika cuaca mengizinkan pengunjung akan dibawa menaiki kenderaan 4WD ke dusun utama yang mempunyai lebih 200 pokok durian MK, IOI dan D24 dan pelbagai pokok buahan lain.

 Kadar penginapan khemah diantara Rm200-Rm1000 satu mlm bergantung kepada keluasan khemah. Adat berkhemah, tandas tidak disediakan dikhemah sebaliknya terdapat tandas awam yang cantik lagi bersih.

 Sesuai dengan kedudukannya dipinggiran tasik pengunjung boleh memancing ikan di tasik. Hasil tangkapan boleh dimasak didapur terbuka yang disediakan untuk  para pengunjung. 



Khemah- khemah disediakan dengan penghawa dingin juga kipas. 






Penambahbaikan fasiliti dusun antaranya restoran sedang dibina. Sesudah siap kelak pastinya memberi pilihan kepada pengunjung yang gemarkan JJCM.




Pelbagai aktiviti boleh dilakukan semasa menginap disana, berBBQ, berbasikal keliling dusun, berkayak ditasik atau sekadar bersantai dibawah rimbunan pohon- pohon dusun. Pastinya menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang sukakan aktiviti luar.

Jika aktiviti itu belum cukup mencabar boleh saja menginap disini dan di awal pagi terus menuju ke  Santuari Ikan Klah di Sg Chilling Kuala Kubu Bharu yang tidak begitu jauh, boleh  berkelah dan mandi-manda di air terjun, namun perlu meredah denai  sambil bermain dengan ikan klah yang jinak sepanjang sungai.. Setibanya di air terjun yang berjarak 2km dari pintu masuk pengunjung akan takjub dengan pemandangan air terjun, berbaloi berpenatan untuk tiba ke destinasi ini.


Hah apalagi, jika berkunjung ke Kuala Kubu ambil lah peluang  menginap disini yang menyajikan suasana aman  damai dan bersih. 

Tuesday, November 22, 2022

Kembara, pembelian berbaloi...

Keseluruhan hampir 2 ribu juga berbelanja untuk menambahbaik Kembara kebun ini. Sesudah membeli dulu terus menukar long shaft, servis enjin, tukar minyak gear box, bil dalam Rm500

Hantaran kedua menukar shaft pendek gear 4wd dan beberapa pembaikan sana sini bil dalam Rm350

Apabila kedua shaft telah ditukar, pemanduan lebih lancar tanpa bunyian seperti bas berusia.

Dan harini menghantar lagi ke bengkel untuk mengatasi masalah enjin terlebih  panas. Apabila berada dalam kesesakan atau berhenti, jarum meter suhu segera bergerak ke penanda merah. Puncanya putaran kipas tidak cukup pantas untuk sistem sejukan enjin radiator berfungsi dengan baik, selain pam air juga agak uzur. Terus menukar juga timing belt dan membuat  pembaikan lain. Bil dalam Rm730. . Jadi jumlah keseluruhan Rm1580.



Sekarang keadaan enjin sudah tip top. Cuma biasalah apabila CC kenderan hanya 1.3cc, dan berteknologi lama, deruman enjin agak mengaum. Keterampilan luaran juga kelihatan uzur.



 Untuk lebih berketerampilan, berangan  membalut lapisan stiker menggantikan cat. Namun tidak cukup kesabaran dan skil untuk membalut kenderaan dengan lapisan itu, jadi buat sementara ni biarlah Kembara dalam keadaan sediakala, kemudian hari apabila modal mencukupi, luaran memang perlu dicat baru.


Kembara memang pembelian sangat berbaloi, telah beberapa kali menguji mendaki laluan licin offroad, ianya tidak mengecewakan. Sistem 4wd masih berfungsi dengan baik. Kembara adalah ringan, jadi mudah mengatasi laluan sukar berbukit. Ketika ini masih menggunakan tayar standard, jika ditukar dengan tayar berbunga kasar nescaya lebih mudah mengatasi laluan sukar, cuma penggunaan minyak agak tinggi. 

Keseluruhannya sangat berpuashati..

 

Saturday, November 5, 2022

Jjcm Sekinchan...

Ingin berjogging, diluar gerimis, capai kunci kereta jjcm. 
Seawal 7.00 pagi bergerak ke Kuala Selangor, tiada destinasi spesifik, berhenti mengikut gerak hati. Berkesudahan bersarapan di kedai mamak berdekatan dengan jeti Skymirror Kuala Selangor.




Sejak keluar rumah tadi jenuh memikir halatuju jjcm harini, sambil jjcm, meronda tempat- tempat yang dirasakan menarik di Sekinchan, melalui jalan- jalan bukan kebiasaan, melalui laluan taliair, sawah -sawah dsb, saja mencuci mata dari kebiasaan. 




Malam sebelum itu secara kebetulan mendengar bual bicara mengenai MSekin Wonderland di FB, Taman tema persendirian di Sekinchan  yang disasarkan untuk orang kebanyakan.  Pengunjung taman tema hanya dikenakan bayaran RM30 untuk dewasa dan 25 kanak kanak bermandi-manda sehingga puas seharian. Dah alang-alang meronda sana singgah disitu, hasrat  makan direstoran, tidak kesampaian kerana iayanya dikhususkan untuk penginap resort. Resort dengan kapasiti 150 bilik tidak dapat menampung permintaan, khabarnya hotel 3 bintang dengan kapasiti 300 bilik bakal dibina disana .



Memandu dijalan benteng tepian laut kampung nelayan  membawa kami ke Pantai Redang Sekinchan. Oleh kerana selalu disajikan dengan pantai cantik di sebelah pantai timur terasa simpati sungguh dengan keadaan pantai disebelah sini. 





Kerajaan negeri perlu berbuat sesuatu untuk mengindahkan kawasan, pengunjung terpaksa menerima keadaan seadanya. Pantai dahlah tak cantik ditambah dengan tiada inisiatif mengindahkan kawasan, sampah pula bersepah keadaan menjadi begitu dhaif sekali.



Pantai bersih tanpa sampah hanya tinggal slogan dipapantanda. Kerajaan negeri dan PBT perlu memainkan peranan mengatasi masalah ini.

 

Jjcm berakhir dengan makan tenghari di Warong Ibu Tanjong Karang, warong yang pernah viral dulu, orang ramai tetap beratur panjang untuk menikmati nasi ambeng. Menu jawa yang telah dikomersilkan menepati citarasa orangramai, hargapun taklah mahal sekitar rm18 makan berdua.

Wednesday, November 2, 2022

Cara Tambahbaik Akses Kebun...

 Hujung tahun musim hujan, bagusnya pokok- pokok tidak memerlukan siraman. Untuk kebun yang tiada sumber air, musim hujan ini kesempatan yang baik untuk menanam pokok, setibanya musim kering nanti setidaknya pokok telah stabil di habitat baru.

Hujan baik untuk tanaman, hujan merosakkan laluan ke kebun pula, apatah lagi laluan agak curam. Laluan licin dan terhakis, berpusing tayar tak boleh mendaki.




Laluan baru ini nampak landai, namun sebenarnya agak curam. Sebelah kiri jurang, musim  hujan jalan berselut dan licin, kenderaan mudah hilang kawalan. Sebelum kejadian buruk berlaku lebih baik diperelok laluan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, laluan tayar akan ditanam dengan sisa konkrit bangunan, batu bata terpakai,  bongkah batu, sisa aspalt  dll. Bahan bahan ini boleh diperolehi secara percuma, cuma kena rajin dan bersabar sebab bahan tersebut  dikutip dimerata tempat. Selain memanfaatkan sisa terbuang kita turut  membersihkan kawasan tersebut.

 Sekejap saja tadi dapat mengumpul sisa-sisa bahan binaan dari kebun tumpang  depan rumah.. Sebelum ini sisa-sisa ini yang menyukarkan kerja memotong rumput, tali mudah putus, cuma dulu tak tau nak dimanfaatkan dimana, kini dengan adanya laluan kebun baru, bahan tersebut boleh dimanfaatkan disana. Tak cukup juga masih banyak sisa binaan ditepi jalan dalam perjalanan ke kebun.

Tak perlu tergesa gesa, penambahbaikan boleh dibuat sikit demi sedikit. Siap nanti laluan boleh digunakan tak kira cuaca walaupun menggunakan kenderaan biasa. Sabarr.



Tuesday, November 1, 2022

Akses Kebun...

Kalau nak cepat siap panggil backhoe, sehari boleh siapkan akses ke kebun. Namun tiada keperluan untuk siapkan segera, kalau siap cepat pun tiada banyak kelebihan. Sebahagian besar tanah telah ditanam dengan pokok-pokok, untuk mendapat hasil entah bila.  Berbeza jika  ambik kontrak membuat akses kebun orang, lagi cepat siap lagi bagus dan untung. 




Akses ke kebun sendiri tak mengapa dibuat secara santai.

Selagi akses rizab jalan tidak dibina, untuk sampai ke kebun sendiri terpaksa melalui laluan berlingkar menumpang kebun jiran- jiran..

Aktiviti berkebun adalah riadah berterusan, semua aktiviti boleh dibuat tanpa tergesa- gesa. Setiap kali pergi tetap perlukan seorang pembantu/ peneman hanya sesekali membawa dua orang pembantu. Ketika ini setiap Selasa adalah hari berkebun.





Sesudah setahun insya Allah bakal  berjaya membawa kenderaan ke kaki puncak kebun. 2 kali datang lagi membuat akses, kenderaan boleh park di tepi pondok di kaki bukit kebun. Selama ini hanya dapat sampai sehingga 700m jarak pendakian, baki 300m lagi menapak ke kaki puncak...



Nak betul -betul bawak sampai ke puncak rasanya ambik masa setahun lagi. Hehe


Macamanalah dulu  Lim Goh Tong sentiasa bersemangat membina empayar di puncak Genting  pada ketinggian lebih 2000m dari aras laut. Kebun bukit ini pada ketinggian 400m dari aras laut pun dah jenuh untuk ke puncak.







Pondok kebun dikaki puncak pun hampir siap. Akses dah ada nanti lebih mudah membawa barang dan keperluan.

Jom jom berkebun...

Monday, October 31, 2022

Drive Shaft Kancil

 




Sambil tunggu  si BEL tukar drive shaft, menulis diarilah kita, senang nanti  nak check bila tarikh mentenen kenderaan ini.

 Sebelum ini bulan Julai 2022 dah tukar drive shaft, memang terasa bergegar bila pedal minyak ditekan, bertangguh punya pasal  hujung bulan Oktober baru hantar semula ke pomen untuk diperiksa. Kereta cuma dibawa ke destinasi berhampiran jadi tidak terdesak untuk diambil tindakan segera. Setelah diperiksa rupanya drive shaft tak sesuai. Pomen tukar dulu berpandukan model Kancil 650 walhal enjin telah ditukar ke CC 850...Ermm kita mana tau, dah serah bulat- bulat ke pomen.

Dah tukar drive shaft baru barulah boleh membesit dijalan raya ..Tin ..Tin


Thursday, October 27, 2022

Pisang Tanduk



Wah not bad...pokok sederhana besar dapat hasil 15 biji, buah pun boleh tahan besar...Rumpun ini telah 3 kali mengeluarkan hasil, tak silap yang kedua dulu 17 biji, yg pertama pun belas-belas juga.


Benih dari rumpun ini telah dibiakkan lagi, rumpun baru membesar dengan cantik, anak benih keliling pun banyak dan boleh dipecahkan rumpun lagi ..

Bila tanaman pisang semakin banyak, tidak semua rumpun yang sihat...Pisang Serendah dan Lemak Manis ada yang telah terkena penyakit, daun banyak yang layu, bila ditebang, batang pokok berwarna kehitaman. 

Baru ini sepohon pokok yang  berbuah telah tumbang sebab batang pokok semacam reput. Terkilan juga sebab buah taklah muda sangat. Boleh kot dicuba masak gulai. Saja mencuba, sebab ada yang kata buah tak sedap bila dibuat gulai, dah cuba ternyata sangat lazat. Kalau tak sedap masih boleh dimanfaatkan untuk menjadi makanan ayam.

Taktau dengan nasib rumpun-rumpun yang lain..Tak tau bagaimana untuk merawat sebab tiada pengalaman. Sekarang ni bertawakal saja..Kalau berjangkit dengan rumpun yang lain redho sajalah...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK