Generasi awal biasa dengan mesin ini. Boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Berbanding sekarang, ibu-ibu dulu hampir semua boleh menjahit. Setiap kali musim raya sibuk mesin ni dikerjakan untuk menyiapkan pakaian ahli keluarga.
Dulu mak kita yang jahit baju sendiri... Berpakaian sedondon ni penulis dah rasai sejak kecik lagi, sebab tu sekarang, penulis tak berapa berkenan mengenakan pakaian sedondon sebab dah puas berpakaian begitu dulu-dulu..Pelbagai warna pernah merasa biru..hijau..merah, pink semua pernah.
Adik beradik 8 orang.. Baik lelaki maupun perempuan akan berpakaian sedondon..Senang beli kain sepapan.
Ibu dah lama tiada, sejak itu mesin tersadai. Memanfaatkan mesin pusaka, penulis nak terus MENGERJAKAN mesin ni... Harap ibu dapat juga pahala hasil tinggalannya. Mesin masih berkeadaan elok cuma perlu diservis untuk berfungsi dengan baik. Penulis nak buka kiosk mini khidmat ubah suai seluar jeans dan berkaitan.
Penulis sedang mencari tukang jahit mahir untuk berkhidmat di kiosk mini.
Siapa berminat jom jom jom...!
Dulu2 mak2 kita memang pandai menjahit.
ReplyDeleteSemua pakaian kita mak2 jahit sendiri.
ibu2 skrg hantar kedai jer wak..
Delete