Sabtu 21hb Disember 2019
Penulis berkesempatan menggunakan prasarana awam MRT Sg Buluh Kajang, ketika menghadiri jemputan kahwin anak rakan. Sehari sebelum itu menggunakan khidmat ini untuk menjemput anak buah di TBS Bandar Tasik Selatan.
Berdasarkan pengamatan penulis pembinaan prasarana ini sangat canggih dan berjaya.
Penulis sangat menyokong usaha menambahbaik pengangkutan awam di bandar- bandar utama. Di Lembah Klang antara projek yang giat dibina adalah projek LRT3 dan MRT2.
LRT3 akan menghubungkan kawasan padat dari Bandar Utama dan berakhir di Johan Setia, Klang.
MRT2 pula akan menghubungkan Sg Buluh ke Putrajaya/KLIA
Sebenarnya banyak lagi prasarana awam Lembah Klang sedang dirancang oleh kerajaan terdahulu seperti BRT menghubungkan Klang dan Kuala Lumpur. Ada juga ura-ura membina trem Putrajaya ke Kajang. Apabila berlaku pertukaran pucuk pimpinan diharap projek-projek ini diteruskan.
Penulis menarik nafas lega bila projek ECRL dan HSR diteruskan,walaupun dikhabarkan spesifikasi projek diturunkan. Cakap-cakap mengatakan projek ini adalah satu pembaziran sangat sukar diterima. Adalah terlalu naif menghujahkan pelaboran tidak berbaloi dengan hanya menyandarkan dengan penjualan tiket. Padahal projek-projek ini bakal menjadi pencetus kegiatan ekonomi sepanjang laluan dan bandar- bandar yang berhubung.
Selain itu berapa banyak bandar-bandar baru,pusat komersil baru dan kawasan industri baru bakal diwujudkan dengan perlaksanaan projek-projek ini. Secara tidak langsung kerajaan boleh menikmati keuntungan melalui cukai-cukai oleh kegiatan ekonomi yang rancak. Rakyat juga bakal menikmati limpahan ekonomi yang sejahtera.
Kita pun dah banyak ketinggalan
ReplyDeletehuhu hrp hrp jgn jd begitulah..
Delete